Friday, November 22, 2013

LAPORAN PROGRAM TID SPESIFIK/CARI JUARA PROGRAM PELAPIS NEGERI

Sukacita dimaklumkan bahawa USPTN Sabah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Unit TID Institut Sukan Negara/Pusat Satelit Sabah telah menganjurkan Program Talent Identification (TID) Spesifik/Cari Juara bagi umur Bawah 12 tahun & 15 tahun.

Program ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserap masuk ke dalam Program Pelapis Negeri 2014. Maklumat program adalah seperti berikut :

1. Daerah Kota Kinabalu :
    Tarikh : 11hb November 2013
    Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
    Peserta : 120 orang
    Sukan : Memanah, Berbasikal, Tinju, Sepak Takraw, Olahraga

2. Daerah Keningau :
    Tarikh : 12hb November 2013
    Tempat : Dewan serbaguna, Kompleks Sukan Keningau.
    Peserta : 138 orang
    Sukan : Memanah, Olahraga, Berbasikal

3. Daerah Tawau :
    Tarikh : 14hb November 2013
    Tempat : Gelanggang Futsal, Kompleks Sukan Tawau
    Peserta : 41 orang
    Sukan : Olahraga, Tinju

4. Daerah Sandakan :
    Tarikh : 15hb November 2013
    Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Sandakan
    Peserta : 97 orang
    Sukan : Olahraga, Tinju

Antara jenis-jenis ujian yang telah dijalankan adalah seperti :

1. Height
2. Weight
3. Sitting Height
4. Arm Span
5. Sit & Reach
6. Standing Broad Jump
7. Vertical Jump
8. Sprinting
9. Medicine Ball Throw
10. Hexagon Agility Test
11. Push Ups
12. 1 Minute Sit Ups
13. Balance

Kesemua ujian-ujian ini dijalankan sepenuhnya oleh Pegawai daripada Unit TID Institut Sukan Negara Malaysia dan Pusat Satelit ISN Sabah dan dibantu oleh Pegawai USPTN.

Keputusan ujian hanya akan diberikan kepada USPTN Sabah setelah dianalisis oleh Pegawai ISN dalam masa terdekat.

Bersama ini disertakan bersama gambar sepanjang program dijalankan.



















Laporan disediakan oleh :

Encik Mohd Rezwan Osman,
Ketua Unit,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers