Tuesday, July 26, 2011

KEJOHANAN TINJU SELURUH SABAH KE 57 PIALA MAYOR KOTA KINABALU.

Kejohanan Tinju Seluruh Sabah Kali Ke 57 PIala Mayor Kota Kinabalu telah berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada 21 - 24 Julai 2011. Sebanyak 10 daerah telah menyertai kejohanan tersebut dan 50 peninju telah mengambil bahagian.

4 orang atlet Pelapis telah mewakili daerah Sandakan Saharin Bahrin, Sahari Bahrim, Mohamad Hanif Sani dan Rodan seorang mewakili daerah Tawau. Saharin Bahrin memenangi Emas dalam acara 64kg selepas menewaskan peninju dari Nabawan. Sahari Bahrin memenangi Emas dalam acara 64 kg dan Mohd Hanif Sani memenangi perak tewas kepada Faizanizan Kusin dalam acara 49kg. Faizanizan Kusin telah memenangi pingat Emas.



Johan keseleruhan dimenangi oleh Daerah Tawau, tempat kedua Daerah Keningau dan Daerah Sandakan di tempat ketiga dengan sembilan mata.

Wednesday, July 20, 2011

PEMANTAUAN PLN BOLING PADANG

Tarikh : 11 Julai 2011 ( 4.30 pm)
Tempat ; Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Jurulatih : Affendi Tan Abdullah (JSM)
Kehadiran : 9 orang

1. Latihan berjalan seperti biasa untuk sesi petang. Walaubagaimanapun, kehadiran kurang sedikit disebabkan atlet terlibat dengan tusyen dan aktiviti sekolah.

2. JSM memaklumkan seramai 12  atlet akan menyertai Kejohanan Single & Pairs Kebangsaan 2011 pada 23-28 Julai 2011. Walaubagaimanapun penyertaan ini masih bergantung kepada kebenaran ibu bapa atlet disebabkan ramai atlet terlibat dengan peperiksaan PMR & SPM.

3. Seorang atlet (Mohd Hairi Hamzah) telah mendapat tawaran kerja di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cawangan Sepanggar, Sabah.






PEMANTAUAN- PLN GIMNASTIK (ARTISTIK)

Tarikh : 11 Julai 2011
Masa : 6.30 pm
Tempat : Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Jurulatih : Liew Tong Ee (JSM) , Lee Yi Horng (JSM), Liu Tao (JLN-MSNS)

1. Latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran atlet seramai 9 orang.
2. Latihan juga dibantu oleh JLN dari China (Liu Tao). Beliau memaklumkan atlet menunjukkan peningkatan bagi setiap program latihan yang diberikan.
3. JSM ( Liew Tong Ee) memaklumkan seramai 6 orang atlet akan menyertai Kej Sportexcel pada hujung bulan Julai termasuk atlet daripada PLN Sandakan.
4. Atlet juga tidak menghadapi masalah dengan teknik latihan yang diberikan oleh JLN.






PEMANTAUAN PLN BADMINTON

Tarikh : 11 Julai 2011 ( 5.30 pm)
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Kehadiran : 15 orang
Jurulatih : Steven Joker (JPM), Anastacia Amanda (JSM), Yapp su Chew (JPM-MSNS)

1. Latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran pemain memuaskan.
2. JPM (Steven Joker) melatih pemain-pemain senior manakala JSM (Anastacia) melatih pemain junior (U12). Latihan juga dibantu oleh JPM-MSNS (Yapp Su Chew)
3. JPM memaklumkan seramai 9 orang pemain akan menyertai Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah pada 13-16 Julai 2011.
4. JPM juga ada memaklumkan mengenai prestasi pemain yang menunjukkan peningkatan pada Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Antara Negeri yang lalu d Pulau Pinang. JPM juga ada memaklumkan 2 orang pemain berkemungkinan akan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.








Followers