Tuesday, November 15, 2011

LAPORAN LAWATAN/PEMANTAUAN JPM TENPIN BOLING KE PLN SANDAKAN ( THE CHAMPION BOWL CLUB)

Jurulatih Penuh Masa Tenpin Boling (En. Ricky Loh) telah mengambil inisiatif untuk membuat lawatan dan pemantauan ke PLN Tenpin Boling (The Champion Bowl Club) di Sandakan pada 4hb-5hb November 2011 yang lalu.

Tujuan lawatan dan pemantauan ini adalah untuk membantu jurulatih (JSM) dalam program latihan serta mengadakan klinik dan latihan kepada atlet yang berada di dalam Program Pelapis Negeri (PN).

Pada 4hb November 2011, program telah bermula jam 7.30 petang dengan hampir kesemua atlet dalam Program Pelapis hadir. Walaubagaimanapun, JSM (En. Alexander) memaklumkan 2 orang atlet tidak hadir atas sebab balik kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Daripada pemerhatian, dapat dilihat yang atlet/bowler faham dan dapat mengikuti apa yang diajar oleh JPM.

JSM juga memaklumkan, pihak Champion Bowl Club telah bersetuju untuk membantu dalam membuat pembaikan dan menaiktaraf lane dimana kerja-kerja pembaikan akan dilakukan dalam bulan Disember selama 3 minggu.

Dimaklumkan juga, seorang bowler daripada pusat ini (Siti Nur Aishah Satar) telah mendapat Johan Bawah 12 tahun pada SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR CIRCUIT GRAND FINAL 2011 pada 15hb-16hb Oktober 2011 di Sunway Megalanes.

Disertakan gambar semasa pemantauan:-








Laporan disediakan oleh:
Ketua Unit.

Tuesday, November 8, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN MENEMBAK - 29 OKTOBER 2011

Tarikh : 29 Oktober 2011
Masa : 2.30 petang -
Tempat : Lapang Sasar Menembak, Lokkawi.
Kehadiran : 13 orang
Jurulatih : Cassandra Eva (JSMP)


1) Sesi pemantauan latihan menembak telah diadakan pada hari Sabtu (29 Oktober 2011). Semasa pemantauan, kelihatan atlet-atlet sedang berlatih iaitu latihan 10M Rifle bagi atlet senior dan 10M Pistol bagi atlet baru.

2) Jurulatih memaklumkan yang beliau telah mengurangkan peluru untuk latihan setiap atlet untuk menampung latihan semua atlet.

3) Jurulatih juga memaklumkan permit masih dalam proses pihak PDRM Sabah. Kelewatan mendapat kelulusan menyebabkan bantuan peluru daripada MSNM tidak dapat dihantar.

4) Saya telah memaklumkan, pihak Cawangan Pelapis akan memberikan bantuan Jaket & Aksesori menembak.








Laporan disediakan oleh :
Ketua Unit,
USPTN Sabah

Followers