Friday, April 29, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA REMAJA & TERBUKA PERAK 2011

Persatuan Olahraga Amatur Perak dengan kerjasama Majlis Bandaran Ipoh (MBI), Majlis Sukan Negeri Perak dan Milo akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja & Terbuka Perak 2011 pada 30hb April - 1hb Mei 2011 bertempat di Stadium Ipoh, Perak.

Kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan wajib bagi Program Pelapis/USPTN (Sukan Olahraga) bagi menilai prestasi atlet.

Selamat bertanding kepada atlet-atlet pelapis Sabah yang menyertai :

1. Mohd Putera Bin Mohd Amin - 100m & 200m (PLN Sandakan)
2. Muhammad Taufiq Bin Amin - 100m & 200m (PLN Sandakan)
3. Emmy Ahkim - 400m & 400m H (PLN Tambunan)
2. Josephin Yaban - 800m & 1500m (PLN Tambunan)
5. Encik Ali Bin Hj Aman - JPM MSN Sabah. ( Jurulatih/Pengurus Pasukan)

Tq.

Tuesday, April 26, 2011

BENGKEL PENGUKUHAN KETUA UNIT NEGERI (KUN) & PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI (PPN) USPTN

Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Unit Khidmat Sokongan, Cawangan Pelapis akan menganjurkan Bengkel Pengukuhan Ketua Unit Negeri (KUN) & Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) pada 26hb - 28hb April 2011 bertempat di Paragon Hotel, Johor Bahru.

Dijangka serami 96 orang pegawai daripada Cawangan Pelapis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dari seluruh negeri akan terlibat dalam bengkel selama 3 hari ini. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dirancang bagi program ini.

Program ini akan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Atlet Maljis Sukan Negara Malaysia, Encik Ahmad Shapawi.

Sekian & Terima Kasih.

Thursday, April 14, 2011

Program Mengenal Pasti Bakat ( TID ) dan Klinik Sukan Tinju.

Program Mengenal Pasti Bakat dan Klinik sukan Tinju telah diadakan pada 12 April 2011 bertempat di Sekolah Menengah SM La Salle Tg Aru, Kota Kinabalu. Seramai 50 pelajar telah menyertai program ini. Objektif Program ini adalah untuk mencari bakat baru dalam sukan Tinju dan atlet yang berbakat akan diserap masuk ke Program Pelapis Negeri bagi Pusat Latihan Kota Kinabalu di bawah seliaan Jurulatih Sambilan Encik Adzlin Ganis Apat. Sesi pagi Program dikendalikan oleh Pasukan TID daripada Kuala Lumpur dan sebelah petang Program diteruskan dengan pengenalan mengenai Peralatan, Peraturan dan Teknik bertinju.















Tuesday, April 12, 2011

LAPORAN PRESTASI ATLET ANGKAT BERAT SABAH - KEJOHANAN ANGKAT BERAT NEGERI SABAH PADA 5-6 APRIL 2011 DI DAERAH TAMPARULI

Sukacita dimaklumkan bahawa, kejohanan Angkat Berat Negeri Sabah telah diadakan pada 5-6 April 2011 dianjurkan oleh Persatuan Angkat Berat Sabah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah & Lembaga Sukan Sabah ( ditaja Oleh Nestle SDN BHD).Kejohanan tersebut di rasmikan oleh Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah. Seramai 23 orang atlet pelapis Negeri menyertai kejohanan tersebut. Daripada jumlah tersebut seramai 12 orang atlet layak melepasi had kelayakan untuk Karnival Pelapis Negeri sir 1/2011. Dalam perbincangan antara saya, presiden dan setiausaha persatuan Angkat Berat Sabah, persatuan bersetuju untuk memberikan tambahan bantuan daripada geran persatuan di Majlis Sukan Negeri Sabah untuk menyertai kejohanan karnival Mei ini.

Bersama dengan ini disertakan pencapaian atlet bawah 21 & 16 tahun sebagai makluman dan rujukan pihak tuan.

Nelly Dimon @ Daimond(SDO Angkat Berat)
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah









Followers