Thursday, November 7, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN KLINIK GIMRAMA BERSAMA JURULATIH JEPUN (MISS ERIKO AKEBAYASHI)

Tarikh    : 7 – 8 September 2013 (Sabtu-Ahad)
Masa      : 12 tengahari – 2.30 Petang dan 1.00 – 2.30 petang.
Tempat  :  Dewan Gimnasium Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

 Kehadiran: 
1. Cik Eriko Akebayashi
2. Cik Yvette Necolette Jeffrey
3. Dr Rahmat Bin Harun – Timbalan Presiden
4. Puan Dorren Ling Pang  - Setiausaha
5. Encik Rezwan Bin Osman
6. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein


ULASAN:

-           Program bermula pada pukul 12 tengahari hingga 7 malam pada hari Sabtu dan 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad.

-          Program dibahagikan kepada 4 sesi iaitu Gred 1 dan Gred 2, Gred 3 dan Gred 4 yang dikendalikan oleh Cik Eriko. Perancangan awal bagi LG dan Gred 5 dikendalikan oleh Jurulatih Sepenuh Masa; Puan Rosniza, memandangkan beliau tidak dapat datang bagi kumpulan gimnas tersebut dikendalikan oleh Cik Yvette Necolette Jeffrey.

-          Jumlah pecahan gimnas mengikut gred adalah seperti berikut:-
·         LG seramai 35 orang
·         Gred 1 seramai 15 orang
·         Gred 2 seramai 7 orang
·         Gred 3 seramai 5 orang
·         Gred 4 seramai 4 orang
·         Gred 5 seramai 4 orang

-           Seramai 30 orang adalah gimnas daripada program Pelapis Negeri dan selebihnya atlet persatuan.  Atlet-atlet yang dikenalpasti berpotensi akan diserap masuk ke dalam program Pelapis Negeri.

-          Antara pengisian program dijalankan:-
·         Pemanasan badan
·         Elemen bola, tali, gelung, belantan, riben dan ‘freehand’
·    Ballad

-          Cik Eriko mencadangkan agar setiap bulan menghantar gimnas mengikut gred untuk mengikut latihan bersama beliau.

Gambar semasa pemantuan disertakan :



Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Bte Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Gimrama,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers