Showing posts with label BADMINTON. Show all posts
Showing posts with label BADMINTON. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SESI LATIHAN DAN PEMILIHAN KE KEJOHANAN REMAJA BERPASUKAN BAWAH 18 TAHUN 2013


Tarikh    : 21 September 2013 (Sabtu)
Masa      : 8.30 Pagi – 10.30 Pagi
Tempat  : Blue Seven, Penampang.

Kehadiran: 
1. Encik Yapp Su Chiew
2. Encik Zainal Malik
3. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein
4. 26 Orang – 19 Orang (L)/7 Orang (W)

LATIHAN /UJIAN
-          Mengukur tahap kecergasan.
-           Stamina
-           Ketepatan Pukulan
-           Power – Jumping Smash

PERTANDINGAN:
-    Kejohanan Remaja Berpasukan pada 23-27 Oktober 2013 di Pulau Pinang.

KECEDERAAN:
-          Tiada

PERALATAN:
-  Raket
-  Bola Tangkis
 
PROGRAM BINAAN:
-          Tiada

ULASAN:
 -          Sesi latihan dan pemilihan diadakan bermula pada pukul 9.00 pagi – 1.00 tengahari.

-          Perbincangan dengan Encik Yapp Su Chiew dan Encik Malik Zainal seperti berikut:-

  1.  Seramai 32 orang atlet dikenalpasti untuk dimasukkan ke dalam program BAM.  SBA akan mengeluarkan surat tawaran kepada atlet-atlet berkenaan.  SBA akan mengeluarkan nama atlet setelah mendapat persetujuan daripada BAM.

  1. PPN memohon jurulatih memberikan senarai nama atlet yang terpilih untuk dikemaskini maklumat atlet.

  1. Senarai nama hanya boleh diperolehi akhir bulan Oktober.

Disertakan bersama gambar semasa pemantauan :





Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Bte Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Badminton,
USPTN Sabah.

Tuesday, April 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN ZON SABAH-SARAWAK 2013


Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Persatuan Badminton Sabah telah diberi mandat untuk menganjurkan Kejohanan Badminton Remaja Sirkit Kebangsaan Zon Sabah-Sarawak 2013 yang telah diadakan pada 10-12 April 2013 bertempat di Dewan Sulaman, Tuaran.

Kejohanan ini adalah untuk memilih pemain yang terbaik bagi mewakili Malaysia Timur iaitu Zon Sabah-Sarawak ke Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir 2013 pada bulan Jun di Kuala Lumpur.

Sejumlah 16 kategori di pertandingkan dalam acara perseorangan dan bergu iaitu U12 (L/P), U14(L/P), U16(L/P) dan U18(L/P). Berikut adalah keputusan rasmi setiap kategori :

BS U12:
1. Nik Azizi
2. Mark William
3/4. Soong Che Wei
3/4. Jonathan Jordan

BD U12:
1. Barrie Chong/Nik Azizi
2. Demond Anthony / Sixtus Simon
3/4. Chen Khai Hoong/ Loo Chun Kit
3/4. Darren Yuan/ Eugene Lee

GS U12:
1. Tan Yun Ying
2. Flora Fung
3/4. Lloyderyena Xalfira
3/4. Shania Dedee

GD U12:
1. Asfarhani Jasneh/ Macnella Michael
2. Shania Dedee/Tan Yun Ying
3/4. Erika Valencia/ Ho Sing Yen
3/4. Flora Fong/ Kashley Kho

BS U14:
1. Eddrall Atek
2. Goh Ting Yu
3/4. Syafiq Azhar
3/4. Owen Ting

BD U14:
1. Edrall Atek/ Ting Si Ren
2. Amir Yusof/ Mohd Qushairie
3/4. Owen Ting/ Stanley Chiong
3/4. Jacky Lok / Yap Leong Min

GS U14:
1. Zuelaikha Idris
2. Kam Wei Li
3/4. Kristy Tay Yong
3/4. Leonilla Alauni Bt Molin

GD U14:
1. Kam Wei Li/ Shawn Lee
2. Kristy Tay / Zuelaikha idris
3/4. Felicia Fong/ Joyce Voon
3/4. Valerie Liong/ Yong Ying Xiu

BS U16:
1. Kam Sing Siong
2. Datu Mohd Shah Eizlan
3/4. Wilson Lau
3/5. Mohd Zuhaily

BD U16:
1.Jonathan Kho/ Kam Sing Siong
2. Smith Robert/ Steve Robert
3/4. Casey Yong/ Yap Qar Siong
3/4. Datu Mohd Shah Eizlan/ Mohd Zuhaily

GS U16:
1. Grace Lee
2. Viviene Kua
3/4. Nur Adilah Adiman
3/4. Voo Wei Xin

GD U16:
1. Kourtney Kho/ Vivienne Kua
2. Florence Tiong/ Yong Ping Ping
3/4. Nelcilla Nelzah/ Nurul Ain
3/4. Grace Lee/ Siti Hafizah

BS U18:
1. Adam Lau
2. Alfred Lau
3/4. Lawrie Herman
3/4. Affeadrey Atek

BD U18:
1. Adam Lau/ Alfred Lau
2. Brandon Caine/ Joshua Lee
3/4. Clement Chieng/ Gerald Ong
3/4. Lawrie Herman/ Mohd Al Azim

GS U18:
1. Lydia Habirin
2. Donetta Moisol
3/4. Ester Samin
3/4. Joanne Chai

GD U18:
1. Joanne Chai/ Lydia Habirin
2. Donetta Moisol/ Easter Samin
3/4. Hafizah Zulkifli/ Soo Jia Ying
3/4. Chai Sze Bing/ Goh Suk Yun

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Datuk Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Presiden Persatuan Badminton Sabah, YB Senator Datuk Maijol Mahap, Pegawai Daerah Tuaran, En Madiyem Layapan dan En Mohd Rezwan Osman, Ketua Unit USPTN mewakili Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah.

Terima Kasih.







Laporan disediakan oleh :

Mohd Rezwan Osman,
Ketua Unit,
USPTN Sabah.

Wednesday, August 29, 2012


PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON - KOTA KINABALU SABAH

Tarikh    : 27 Ogos 2012 (Isnin)
Masa     : 4.00pm – 5.00pm
Tempat  : Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1.      Steven Joker (JPM)
2.      Anastacia Anscelly (JSM)
      3.   16 Atlet Lelaki
      4.   10 Atlet Wanita

LATIHAN
-    Matchplay

LAPORAN

Jurulatih mengarahkan atlet untuk sesi pemanasan badan sebelum memulakan latihan, tempoh sesi pemanasan badan adalah lebih kurang 15 minit.  

8 gelanggang badminton telah di pakai, 7 gelanggang digunakan untuk latihan Matchplay dan 1 gelanggang di khaskan untuk pembangunan sukan yang terdiri daripada atlet baru dan bawah 12 tahun.

Jurulatih mencadangkan agar jurulatih sambilan (JSM) di Pusat Latihan Kota Kinabalu ditambah bagi memudahkan proses latihan dan bilangan atlet yang ramai.

Atlet-atlet Pelapis akan menyertai Kejohanan Jemputan Badminton Flypower AST pada 30 Ogos - 2 September, bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Sasaran untuk semua atlet 10, 12 & 15 tahun adalah sampai ke pusingan akhir.

Jurulatih telah sedia maklum mengenai 2 kejohanan yang akan berlangsung pada bulan September iaitu 100Plus National Junior Interstate Championships dan bulan Oktober Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Maybank Terbuka Pahang 2012.

Lampiran Gambar: 







Laporan Disediakan Oleh:

En. Munir Bin Ahmed
Peg. Pembangunan Negeri
USPTN Sabah.

Wednesday, June 20, 2012

LAPORAN PEMANTUAN BADMINTON - 19 JUN 2012

Tarikh    : 19 Jun 2012 (Selasa)
Masa     : 4.30pm – 5.30pm
Tempat  : Kompleks Sukan Kota Kinabalu

KEHADIRAN:
1.     Steven Joker (jurulatih)
2.     Anastacia Anscelly
3.   19 Atlet Lelaki & 12 Atlet Wanita

LATIHAN:
-    Stroke Development
-    Agility
-    Netting

KEJOHANAN:
-     100Plus National JuniorCircuit Grand Finals

LAPORAN:

Jurulatih mengarahkan atlet untuk sesi pemanasan badan sebelum memulakan latihan, tempohsesi pemanasan badan adalah lebih kurang 30 minit. 
Jurulatih bertanya kepada SDO beberapa persoalan berkaitan masalah peruntukkan yang diberikan kepada USPTN .Masalah tersebut telah dapat diselesaikan.

6 gelanggang badminton telah di pakai daripada 10 gelanggang yang sedia ada. Ini kerana atlet Sukma sukan Takraw Sabah juga menggunakan gelanggang tersebut untuk persediaan ke Kejohanan Sukma Pahang.
Jurulatih menjelaskan mengenai bulu tangkis yang dibekalkan kepada atlet USPTN akan bertahan sehingga bulan September sahaja (anggaran jurulatih).

Lampiran Gambar:






Laporan disediakan oleh:

En.Munir Ahmed
Peg Pembangunan Negeri - Badminton
USPTN Sabah

Monday, March 21, 2011

LAPORAN KEJOHANAN BADMINTON YONEX REMAJA TERTUTUP SABAH 2011

Assalamualaikum,

Berikut laporan Kejohanan Badminton Yonex Remaja Tertutup Sabah 2011.

Tarikh : 12hb - 16hb Mac 2011
Tempat : Dewan Masyarakat daerah Papar & Dewan SMK Majakir Papar
Peserta : 900 orang


Ulasan/Maklumbalas/Cadangan :

1. Persatuan Badminton Sabah (SBA) telah memberikan kepercayaan kepada Persatuan Badminton Daerah Papar sebagai jawatankuasa penganjur untuk kejohanan kali ini.

2. Disebabkan penyertaan yang terlalu ramai, pihak penganjur telah menggunakan 2 dewan  iaitu Dewan Masyarakat daerah Papar (Bawah 14,16,18 tahun ) dan Dewan SMK Majakir Papar (Bawah 8,10,12 tahun)

3. Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

     2.1-  Perseorangan Bawah 8 tahun ( Lelaki & Perempuan)
     2.2-  Perseorangan Bawah 10 tahun ( Lelaki & Perempuan)
     2.3- Perseorangan dan Bergu Bawah 12 tahun ( Lelaki & Perempuan)
     2.4- Perseorangan dan Bergu Bawah 14 tahun ( Lelaki & Perempuan)
     2.5- Perseorangan dan Bergu Bawah 16 tahun ( Lelaki & Perempuan)
     2.6- Perseorangan dan Bergu Bawah 18 tahun ( Lelaki & Perempuan)

4. Bagi kategori Perseoragan Bawah 8 dan Bawah 10 tahun, sistem kiraan mata 21 mata untuk 1 set sahaja sehingga pusingan separuh akhir. Acara akhir kiraan seperti biasa.

5. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) YB Senator Datuk Maijol Mahap. Turut hadir Pegawai Daerah Papar, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan AJK Tertinggi Persatuan Badminton Sabah.

6. Kedua-dua jurulatih program pelapis JPM- Steven Joker dan JSM- Anastacia Amanda telah hadir sepanjang 5 hari kejohanan.

7. Dalam memeriahkan dan menarik orang ramai menyaksikan kejohanan, pihak penganjur telah mengadakan cabutan bertuah dan antara hadiah yang disediakan seperti hamper, raket, kipas angin dan basikal.

8. Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan tersebut :

Perseorangan Lelaki Bawah 8 tahun :

Johan - Yap Leong Fung (Sandakan)
N.Johan - Chia Wen Thien (Tawau)
Ke-3 - Vilsom Umbol (Keningau)
Ke-3 - Afdan Ziqri Indavid ( Papar)

Perseorangan Perempuan Bawah 8 tahun :

Johan - Farhana Jasin (Tuaran)
N.Johan - Valerie Yap (Keningau)
Ke-3 - Annelysha Berry (Keningau)
Ke-3 - Adrishah Adriana (Tongod)

Perseorangan Lelaki Bawah 10 tahun :

Johan - Sixtus Simon (Kota Kinabalu)
N.Johan - Mark William (Sandakan)
Ke-3 - Mohd Syahrul Tahir (Papar)
Ke-3 - Lau Geik Lung (Sandakan)

Perseorangan Perempuan Bawah 10 tahun :

Johan - Tan Yun Ying (Tawau)
N.Johan - Macnella Micheal (Tuaran)
Ke-3 - Asfarhani Jasne (Tuaran)
Ke-3 - Sania Dedee Richard (Kota Kinabalu)

Perseorangan Lelaki Bawah 12 tahun :

Johan - Goh Ting Yu (Kota Kinabalu)
N.Johan - Mohd Qusyairi Adiman (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Syukran Hazwan (Tuaran)
Ke-3 - Edrall Atek (Keningau)

Perseorangan Perempuan Bawah 12 tahun :

Johan - Nicky Chong (Kota Kinabalu)
N.Johan - Nor Azyatie Azman (Papar)
Ke-3 - Farah Nadzirah Tamin (Papar)
Ke-3 - Nicole Chong (Kota Kinabalu)

Bergu Lelaki Bawah 12 tahun :

Johan - Mohd Qusyairi / Amir Yusuf (Kota Kinabalu)
N.Johan - Eddral Atek / Dederoel Philip (Keningau)
Ke-3 - Yap Leong Min / Jacky Lok (Sandakan)
Ke-3 - Mohd Fikri Hamudin / Kelvin Wee (Kota Kinabalu)

Bergu Perempuan Bawah 12 tahun :

Johan - Nikcy Chong / Nicole Chong (Kota Kinabalu)
N.Johan - Nor Azyatie Azman / Farah Nadzirah Tamin (Papar)
Ke-3 - Jessica Alvin / Fiona Ivy Saibin (Tuaran)
Ke-3 - Amanda Chin / Fong Yi Zhi (Tuaran)

Perseorangan Lelaki Bawah 14 tahun :

Johan - Datu Mohd Syah Eizlan (Tuaran)
N.Johan - Steve Robert (Tawau)
Ke-3 - Mohd Syakir Azim (Tawau)
Ke-3 - Allan Ivan Mauming (Tawau)

Perseorangan Perempuan Bawah 14 tahun :

Johan - Grace Lee (Kota Kinabalu)
N.Johan - Siti Hafizah Suhaimi (Keningau)
Ke-3 - Vanessa Chai (Tawau)
Ke-3 - Noradilah Adiman (Kota Kinabalu)

Bergu Lelaki Bawah 14 tahun :

Johan - Steve Robert / Smith Robert (Tawau)
N.Johan - Md.Syakir Azim / Allan Ivan Mauming (Tawau)
Ke-3 - Jhsslyonne Janih / Datu Mohd Syah Eizlan (Tuaran)
ke-3 - Mohd Zuhaily / Teo Wei Xian (Kota Kinabalu)

Bergu Perempuan Bawah 14 tahun :

Johan - Vyonne Umbol / Nelcilla Nukili (Keningau)
N.Johan - Grace Lee / Noradilah Adiman (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Alexndra Lee / Majorie moh (Sandakan)
Ke-3 - Violet Vitalis / Elcenta Edward (Papar)

Perseorangan Lelaki Bawah 16 tahun :

Johan - Lawrie Herman (Tuaran)
N.Johan - Fino Bieen Saibin (Tuaran)
Ke-3 - Md Al-Azim Abd Thani (Tuaran)
Ke-3 - Datu Mohd Saffuan Nizam (Tuaran)

Perseorangan Perempuan Bawah 16 tahun :

Johan - Cheong Sing Yueh (Kota Kinabalu)
N.Johan - Lydia Habirin (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Joanne Chai (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Teh Xiao Xuan (Kota Kinabalu)

Bergu Lelaki Bawah 16 tahun :

Johan - Lawrie Herman / Md Al-Azim Abd Thani (Tuaran)
N.Johan - Fino Bieen Saibin / Arthurica Stanislaun (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Fahami Mayasin / Mohd Sharizan Tahir (Papar)
Ke-3 - Nurnizar Maindor / Kevin Beloti (Keningau)

Bergu Perempuan Bawah 16 tahun :

Johan - Daedoryn Chong / Joanne Chai (Kota Kinabalu)
N.Johan - Cheong Sing Yueh / Teh Xiao Xuan (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Lydia Habirin / Sabrina Simon (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Donetta Moisol / Safryliyah Saniru (Tuaran)

Perseorangan Lelaki Bawah 18 tahun :

Johan - Chong Kein Hiung (Sandakan)
N.Johan - Datu Mohd Shahrin Nizi (Tuaran)
Ke-3 - Tan Jinn Ye (Sandakan)
Ke-3 - Roysten Habirin (kota Kinabalu)

Perseorangan Perempuan Bawah 18 tahun :

Johan - Siti Afiqah Suhaimi (Keningau)
N.Johan - Jovie Sheen (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Lea Vitalis (Papar)
Ke-3 - Liew Xui Xin (Kota Kinabalu)

Bergu Lelaki Bawah 18 tahun :

Johan - Chiong Kien Hiung / Marion Moh (Sandakan)
N.Johan - Gabriel Fong / Roysten Habirin (Kota Kinabalu)
Ke-3 - Mohd Tarmizi Tahir (Papar) / Mohd Al-Hafiz (Keningau)
Ke-3 - Scott Tsang / Tan Jinn Ye (Sandakan)

Bergu Perempuan Bawah 18 tahun :

Johan - Jovie Sheen / Liew Xui Xin  (Kota Kinabalu)
N.Johan - Nurul Sakinah Abd Jabar / Fauzianah Abdul Taib (lahad Datu)
Ke-3 - Lea Vitalis / Sallnie Sikal (Papar)
ke-3 - Rebecca Dominic / Asfaridzattie Jasneh (Tuaran)

Disertakan gambar semasa kejohanan.

Perasmian oleh Presiden SBA YB Senator Datuk Maijol Mahap

Bergu Lelaki Bawah 16 tahun Akhir - Lawrie/Al-Azim vs Fino/Athurica

Bergu Lelaki U18 akhir - Gabrile / Roysten vs Chong Kien Hiung/Marion

Bergu Perempuan U16 - Lydia Habirin/Sabrina Simon

Bergu Perempuan U18 Akhir - Jovie Sheen / Liew Xui Xian vs  Nurul Sakinah / Fauzianah

Steven Joker dan Mohd Qusyairi Adiman

JSM - Anastacia Amanda

Perseorangan Lelaki U12 Separuh Akhir - Mohd Qusyairi vs Adrell Atek

Jurulatih - Steven Joker & Yapp Su Chew

Thursday, February 17, 2011

PEMANTAUAN PLN BADMINTON - 14 FEBRUARI 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Disertakan laporan ringkas pemantauan PLN Badminton :
 
Tarikh : 14 Februari 2011
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Kehadiran : 18 orang
 
 
Ulasan dan Maklumbalas:
 
1. Kehadiran pemain memuaskan. JPM juga memaklumkan yang kehadiran pemain ke latihan memuaskan sebagai persediaan menyertai Kejohanan MSS Daerah, MSS Negeri ( 11-15 April 2011, Lahad Datu) , Kejohanan Badminton U12 Kota Kinabalu anjuran Lembaga Sukan Negeri Sabah (5-6 Mac 2011, Kompleks Sukan Kota Kinabalu) dan Kejohanan Remaja Tertutup Sabah 2011 ( 12-14 Mac 2011, Papar).
 
2. Jurulatih SBA (Yapp Su Chew) juga membuat sesi latihan bagi program psn.
 
3. Bagi bulan Januari-Februari 2011, SBA telah bersetuju untuk membantu membayar sewa gelanggang. Pada peringkat awal perbincangan, pihak SBA akan cuba membantu membayar sewa gelanggang sepanjang tahun 2011. Perkara ini akan diputuskan dalam sedikit masa lagi.
 
4. Cik Anastacia (Calon JSM 2011) sudah mula  membantu JPM bagi melatih pemain-pemain baru dan U12.
 
Disertakan gambar semasa pemantauan.







Followers