Wednesday, November 27, 2013

LAPORAN KEJOHANAN 36TH MALAYSIA OPENN INTERNATIONAL CHAMPIONCHIPS 2013

Tarikh    : 19 - 22 November 2013 (Selasa - Jumaat)
Masa     : 9.00am - 11.00pm
Tempat  : Sunway Megalanes, Sunway Piramid.

PEYERTAAN: 
1. En. Ricky Loh Yew Moh (JPM)
2. En. Munir Bin Ahmed (SDO)
3  Azril Fakhree Khainih
4. Mohd Ainal Narshad
5. Sushanor A/L Sihanor
6. Nevern Nataneel Marcellinus
7. Aundrey Clifford Thenu
8. Dzulfitrey Zulkiplee
9. Kristie Ellie Jauw
10. Alexandria Edith John
11. Nurul Alyssa Junaidi
12. Nurul Ayunni Junaidi

LATIHAN
-     Tiada

UJIAN
-          Tiada

PERTANDINGAN
-        36th Malaysian Open International Championships 2013

KECEDERAAN
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN
-     Reactive Ball
-     Spare Ball

ULASAN

1. Kejohanan ini melibatkan beberapa buah Negara Luar seperti India, Korea Selatan, UAE, Chinese Taipei, Vietnam, Australia, Singapore, Philippines, Thailand, Brunei Darusalam, Sweden, Indonesia dan Malaysia mengikut 9 acara yang dipertandingkan pada kejohanan kali ini.

2. Beberapa atlet telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan kejohanan pada kali ini pasukan SUKMA Sabah/Pelapis Sabah mendapat tempat Ke-3 bagi acara Youth Boys Graded iaitu En. Sushanor A/L Sihanor dengan purata 193.80 dan Nevern Nataneel tempat ke-12 dengan purata 181.60. Manakala Acara Single Nevern Nataneel mendapat tempat ke-4 dan Sushanor A/L Sihanor ke-5.

3. Bagi kategori Wanita Alexandria Edith John layak keperingkat akhir dengan menduduki tempat ke-8 dengan purata 182.70, menurut beliau, agak sukar mendapatkan point ketika waktu pagi dan ini menunjukkan atlet masih belum bersedia dalam suasana bermain di waktu pagi. Penyelaras menasihatkan Jurulatih agar kerap melakukan latihan sebelah pagi bagi memberi persediaan awal kepada Atlet-atlet SUKMA Sabah 2014.

4. Masalah yang dihadapi oleh atlet lain adalah penyesuaian lorong/lane dan ini memberi gambaran awal atlet perlu menjalani penyesuaian lane sebelum pertandingan. Atlet yang terlibat Azril Fakhree Khainih, Mohd Ainal Narshad, Dzulfitrey Zulkiplee dan Mohd Sufyan Ismat Hafiz tidak dapat melangkah ke peringkat akhir, masing-masing hanya di peringkat kelayakan sahaja bagi acara Boys Graded dan Boys Open. 

5. Selain itu pasangan kembar Nurul Alyssa Junaidi telah layak ke peringkat akhir dan menduduki kedudukan ke-7 dengan purata 183.00 manakala pasangannya tidak layak ke peringkat akhir.

Disertakan gambar sepanajang kejohanan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Tenpin Boling,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers