Thursday, March 28, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TINJU - 19HB MAC 2013

Tarikh : 19hb Mac 2013
Masa : 3.00 petang
Tempat : Laman Budaya, SM Maktab Sabah.


Kehadiran :

Jurulatih : En Adzlin Ganits (JSM Tinju)
Atlet       : 20 orang


Program Latihan :

- Skipping
- Latihan Asas Tinju
- Bangkit Tubi
-Tekan Tubi


Program Binaan :

1. Program promosi Sukan Tinju akan diadakan di SM Sanzac dan SM La Salle pada 20hb April 2013.

Ulasan :

1. Jadual latihan terpaksa di pinda mengikut kesesuaian jadual mengajar jurulatih (En Adzlin) dan jadual persekolahan pelajar.

2. Perbincangan telah diadakan bersama jurulatih bagi perlaksanaan program yang akan dijalankan.






Laporan disediakan oleh :

Puan Norhamamah Abdul Salam,
Pegawai Pembangunan Negeri - Sukan Tinju,
USPTN Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TERJUN - 5HB MAC 2013

Tarikh : 5hb Mac 2013
Masa : 4.00 petang
Tempat : Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.


Kehadiran :

Jurulatih - En James Sandayud
Atlet       - 8 orang (4 lelaki & 4 perempuan)


Program Latihan :

1. Latihan di dry gym (Trampoline) :
- 10 jump
- 3 jump walk back ABC -10X
- Entry Back / Front ABC - 10X


Ulasan :

1. Perjumpaan dengan atlet telah diadakan bagi memaklumkan 2 orang atlet (Jellson Jabilin & Nur Ain Nadzmi) yang terplilih mengikuti Program Tindik (attachment0 bersama Jurulatih Pelapis Kebangsaan pada 17hb - 23hb Mac 2013.

2. Jurulatih memaklumkan kepada PPN untuk ke Kejohanan MSSM 2013, PPN akan berbincang dan memohon bantuan kewangan daripada Majlis Sukan Negeri Sabah.

3. PPN mengedarkan surat kebenaran ibubapa kepada atlet yang akan menyertai Program Tindik dan Kem Bakat Terjun.

4. Jurulatih da mencadangkan untuk memohon tambahan penerjun untuk menyertai Kem Bakat Terjun pada 1hb-6hb April 2013. Perkara ini akan dibincangkan dan dimohon kepada Pengurus Sukan Terjun , Cawangan Pelapis.









Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Awg Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.






LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN GIMRAMA - 8HB FEBRUARI 2013

Tarikh : 8hb Februari 2013
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Tempat : Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Kehadiran :

Jurulatih - Cik Yvette Necolette Jefrey (JSM)
Atlet       - 10 orang


Pogram latihan :

1. Freehand
2.Gelung
3. Ballet


Ulasan :

1. Satu perbincangan telah diadakan pada 6.30 petang bersama Persatuan Gimnastik Sabah dan jurulatih bagi membincangkan dan penyelarasan program jurulatih dan persatuan.

2. PPN telah memaklumkan kepada jurulatih untuk menyediakan pelan priodisasi.

3. PPN juga telah memaklumkan kepada jurulatih untuk menghantar laporan bulanan mengikut tarikh yang ditetapkan memandangkan tahun lepas jurulatih selalu lewat menghantar laporan bulanan.




Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Awg Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri - Sukan Gimrama,
USPTN Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN MSS SABAH 2013 TERJUN - 17HB FEBRUARI 2013

Tarikh : 17hb Februari 2013
Masa : 1.25 ptg - 3.00 ptg
Tempat : Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.


Kehadiran :

Jurulatih - En James Sandayud (JPM USPTN)
               - En Khairul Safwan (JPM MSN Sabah)

Atlet       - 7 orang (4 Lelaki & 3 Perempuan)


Penyertaan :

Hanya 1 sekolah sahaja (SK Inanam Laut) yang menghantar penyertaan dengan jumlah atlet seramai 7 orang.


Ulasan :

1. Hanya 3 terjunan (3 dive) sahaja pada kejohanan ini.


Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Awg Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN MSS SABAH 2013 GIMRAMA - 17HB FEBRUARI 2013

Tarikh : 17hb Februari 2013
Tempat Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi


Kehadiran :
Jurulatih - Cik Yvette ecolette Jeffrey
Atlet - 10 orang gimnas


Penyertaan : 
Sejumlah 7 pasukan/sekolah menyertai kejohanan :
1. SM All Saints, Kota Kinabalu.
2. SK St Agnes, Likas.
3. SK St Francis Convent.
4. SM Kian Kok, Kota Kinabalu.
5. SM Datuk Peter Mojuntin, Penampang.
6. SM St Francis Convent, Kota Kinabalu.
7. SJK (C) Chung Hwa, Tamparuli.


Ulasan :

1. Seramai 12 orang gimnas menyertai kejohanan dan 10 orang atlet Pelapis Negeri kejohanan yang diadakan.

2. Ketua Pengadil/Teknikal memaklumkan bahawa tidak ada pemenang pada kejohanan ini disebabkan hanya 1 daerah/bahagian sahaja yang menyertai.

3. Satu mesyuarat akan diadakan bagi memilih atlet/gimnas yang akan mewakili Sabah ke MSSM 2013 sekiranya Sabah ingin menyertai.

4. Jurulatih memaklumkan tempat latihan akan digunakan untuk program lain pada 18hb - 28hb Februari 2013 dan tidak ada latihan diadakan pada tarikh tersebut.


Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Awg Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri - Gimrama,
USPTN Sabah.

Friday, March 22, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN PEDALAMAN- SUKAN OLAHRAGA

 

Tarikh : 15 Mac 2013
Masa : 1.45 - 2.50 petang
Tempat : Kompleks Sukan Keningau



Kehadiran:

1. Encik Munir Ahmed (PPN)
2. Encik Yusran Bin Mohd Bahari (JSM)


Program :

1. Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Bahagian Pedalaman berlangsung pada 12-16 Mac 2013. 

2. Daerah yang terlibat Keningau, Tenom, Nabawan dan Tambunan.
Bilangan peserta mengikut daerah :

          Keningau (117 orang atlet)
          Nabawan (90 orang atlet)
          Tenom  (90 orang atlet)
          Tambunan (90 orang atlet)
 
3. Seramai 19 orang atlet Pelapis Negeri menyertai kejohanan tersebut.


Ulasan :

1. Perbincangan dengan jsm; jsm mencadangkan agar satu mesyuarat penyelarasan program di antara jurulatih Sandakan, Tawau dan Keningau diadakan sebelum program/aktiviti dijalankan – Ujian Kecergasan, Ujian Spesifik, Klinik, Kem dan Kejohanan Dalaman.


2. Perbincangan dengan jurulatih ‘after school program’; mana-mana atlet yang berpotensi yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh berlatih di bawah jsm. Jsm akan membuat ‘talent scouting’ semasa kejohanan berlangsung.
 
 
Sekian dan terima kasih.
 
 
 


 
 
Laporan disediakan Oleh:-
 
Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri - Sukan Olahraga
USPTN Sabah.









































 

Thursday, March 21, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL DAERAH KENINGAU - 15HB MAC 2013

Tarikh : 15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa : 3.00pm - 4.00pm
Tempat : Kg. Luati, Keningau
 
Kehadiran:
1. En. Jatin Imat (JSM)
2. Cik Intan Nazrina (PPN)
3. 6 Atlet Lelaki

LATIHAN:
 
- Gearing 10 pusingan - 4 km, sasaran 6minit 1 pusingan.
 
UJIAN:
 
- Program pembangunan Mountain Bike Cross Country.
 
PERTANDINGAN :
 
- RT Bukit Permai Mountain Bike Challenge
- BMX Kebangsaan Sirkit 1/2013
 
KECEDERAAN :
 
- Tiada Kecederaan Berlaku.
 
PERALATAN:
 
- Mountain Bike (Basikal).
 
PROGRAM BINAAN:
 
- Tiada.
 
ULASAN:
 
1) Latihan Bermula tepat jam 3pm hingga 5.30pm yang dikendalikan oleh Jurulatih Jatin Imat JSM Keningau.
 
2) Sesi latihan pada hari tersebut adalah latihan ringan kerana pada keesokkanya atlet bertolak ke Kota Kinabalu untuk menyertai Program XCC Trial yang dianjurkan Persatuan Berbasikal Sabah.
 
3) Masalah yang dihadapi kehadiran atlet tidak memuaskan walaupun telah dimaklumkan mengenai kehadiran kami.
 
4) Jurulatih menghadapi sedikit kekangan di dalam komunikasi bersama atlet, kerana majoriti atlet adalah cina dan kadang-kadang bahasa arahan tidak dapat dilakukan atlet.
 
5) Di akhir pemantauan Jurulatih meneruskan latihan walaupun cuma 6 lelaki sahaja menjalankan latihan.
 
6) Mohon maaf kerana tidak dapat disertakan gambar pemantauan kerana semasa proses pemindahan gambar ke komputer telah berlaku masalah teknikal.
 
Sekian, Terima Kasih.
 
 
Laporan disediakan oleh :
 
Encik Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri - Berbasikal,
USPTN Sabah.

Wednesday, March 20, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TAEKWONDO - 10HB MAC 2013


Tarikh : 10 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 3.30pm - 5.00pm
Tempat : SK St John, Kampung Tanjung, Tuaran

Kehadiran:

1. Joseph Kung (JSM)
2. Munir Ahmed (SDO)
3. Lelaki - 5 atlet
4. Wanita - 5 atlet

Pertandingan :

- Sportexcel Sirkit 1, Pulau Pinang.

Latihan :

- Ujian Kenaikkan Warna Tali Pinggang.

Ulasan:

1. Ujian dijalankan oleh Ketua Taekwondo, iaitu Master Barry Voon dan atlet yang hadir dalam lingkungan 25 atlet terdiri daripada tali pinggang putih, kuning, hijau, dan biru.

2. Beberapa atlet pelapis yang hadir, majoriti daripada daerah yang jauh seperti Kota Belud, Penampang dan Tuaran.

3. Makluman untuk atlet di daerah Tawau, Lahad Datu dan Kunak latihan diberhentikan seketika atas sebab situasi semasa.

4. TID Pelapis akan dilakukan pada tarikh 19-21 April 2013 semasa kejohanan 'Sabah Close' dan akan dinilai oleh En. Joseph Kung dan Master Barry Voon.

5. Masalah yang dihadapi oleh Pusat Latihan adalah tempat latihan ini akan diatasi dengan mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah Tuaran dengan kerjasama Pegawai Sukan Kementerian Belia dan Sukan daerah Tuaran En. Baxter. Cadangan adalah di Dewan Kg Selupu.
 
Sekian dan Terima Kasih.
 




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri - Taekwondo
USPTN Sabah.

 

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TENPIN BOLING - 11HB MAC 2013


Tarikh : 11 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 5.30pm - 8.00pm
Tempat : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Kehadiran:

1. Ricky Loh Yew Moh
2. Elizabeth Michael
3. 16 atlet wanita
4. 14 atlet lelaki

LATIHAN :

- Scoring

- Step Tempo & Basic

- Balancing Drill, 1-step & 2-step drill

UJIAN :

- Roll Off - 31 Mac 2013

PERTANDINGAN :

- Astro 26th Interstates & Astro 37th National Champs 2013

KECEDERAAN :

- Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN :

- 1 Reactive Ball - Pecah ( Masalah di Bahagian Dalam Pit Ball)

PROGRAM BINAAN :

- Tiada

ULASAN :

Latihan Bermula tepat jam 5pm hingga 7pm yang dikendalikan oleh Jurulatih Ricky Loh, dan latihan Jurulatih Elizabeth Michael bermula pada jam 6.00pm hingga 8.00pm.

Sesi latihan pada hari tersebut adalah latihan harian dan latihan menumpukan pada latihan biasa bagi memperbaiki latihan atlet.

Masa latihan Gred AA pada hari Selasa, Khamis dan Ahad pada jam 6.30pm - 8.30pm dan Gred AAA pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad bermula pada jam 5.00pm-7.00pm.

Dimaklumkan juga, nama atlet pelapis yang tersenarai dalam pemilihan skuad Kebangsaan dari Negeri Sabah ialah;-

1. Ahmad Fawwaz Farhan Abdullah

2. Nurul Atikah Bte Junaidi

Di akhir pemantauan pada pukul 8.00 malam, SDO, berbincang bersama jurulatih berkenaan Jurulatih Geroad Jemandan yang berkemungkinan akan menolak tawaran sebagai JSM bagi tahun 2013. Hal ini belum dapat dipastikan sehingga JPM sekali lagi akan berbincang bersama beliau.
 
Sekian, Terima Kasih.
 


Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri - Tenpin Boling,
USPTN Sabah.
 


LAPORAN PERJUMPAAN JURULATIH ANGKAT BERAT.


Sukan : Angkat Berat
Tarikh : 4.00pm
Tempat : Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.(Ruang Legar Stor Penyimpanan Peralatan)

 
Kehadiran :
 
1) Nicholas Wong Chee Yen(jurulatih)
2) Sylvestian Kirinus(atlet)
3) Jerry Max(atlet)
4) Adriel Benjamin(atlet)

 

Program:

1) Proses pemindahan peralatan set angkat berat daripada pejabat Majlis Sukan Negeri Sabah ke Stor penyimpanan peralatan sukan di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

-Menerangkan prosedur penggunaan peralatan yang dibekalkan oleh pihak Cawangan Pelapis 2012 Majlis Sukan Negara.

-Jurulatih hendaklah memohon kebenaran penggunaan peralatan daripada Ketua Unit Usptn Sabah kerana semua peralatan telah disenaraikan dalam invetori peralatan.Ini bagi memudahkan pihak Lembaga Sukan dapat merekod keluar masuk peralatan daripada stor.
 

2) Kemaskini senarai atlet di bawah program Pelapis Negeri Sesi Febuari-Jun 2013.

 

Latihan:

1) Tiada sesi latihan dijalankan semasa perjumpaan. Jurulatih memaklumkan gym digunakan untuk penyimpanan peralatan sempena perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia yang telah di adakan pada 23.2.2012 bertempat di dewan serbaguna Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

 

Pertandingan:

1) Perbincangan awal dengan jurulatih penyertaan atlet ke kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 20 tahun sir 1/2013 yang akan diadakan pada 24-27 Mac 2013 bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Penganjuran tersebut adalah dianjurkan Persatuan Angkat Berat Sabah dengan kerjasama Persekutuan Angkat Berat Malaysia.h dengan kerjasama Persekutuan Angkat Berat Malaysia.

 

Ulasan :

Semasa perjumpaan diadakan, penyerahan pengagihan 2 kotak magnesium powder kepada jurulatih di PLN Kota Kinabalu.(tarikh penerimaan-26.2.2012).

Bagi PLN Kompleks Sukan Daerah Tambunan (2 kotak) dan after school program SMK Desa Wawasan (1 kotak) akan diserahkan kepada jurulatih Cornelius Pawon Dan Leo Johnny pada 2.3.2013.

Pengagihan Magnesium powder di agihkan secara berfasa dan berperingkat mengikut keperluan PLN.

Tujuan pengagihan secara berfasa dan berperingkat ke PLN adalah untuk mengawal bekalan mangesium kerana bekalan adalah terhad. Jurulatih dan atlet hendaklah mengambil peranan untuk lebih berjimat.

 Baki magnesium powder disimpan di pejabat Majlis Sukan Negeri Sabah.
 
Terima Kasih.
 

Laporan disediakan oleh :

Puan Nelly Dimon @ Daimond,
Pegawai Pembangunan Negeri - Angkat Berat
USPTN Sabah.
 

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SKUASY- 25HB FEBRUARI 2013


Tarikh : 25 FEB 2013
Masa : 3.30 PETANG
Tempat : GELANGGANG SKUASY, KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU.

 

KEHADIRAN :

1. Jurulatih : 
- En Munir Khan (Jurulatih PSN)
- En Bryan Faurillo (JPM MSN Sabah)
 
2. Atlet :
- 9 Orang Atlet.

 

LATIHAN :

- DRILL BALL.

 

UJIAN :

-

 
PERTANDINGAN :

-

 
KECEDERAAN :

-

 
PERALATAN :

 - JURULATIH MEMAKLUMKAN MENGGUNAKAN BOLA SENDIRI UNTUK LATIHAN.

 

PROGRAM BINAAN :

-

 
ULASAN :

1.GELANGGANG BERKEADAAN BAIK DAN SESI LATIHAN BERJALAN LANCAR

2.JURULATIH MEMAKLUMKAN HANYA BEBERAPA ATLET SAHAJA YANG AKTIF DALAM SENARAI YANG DIBERIKAN OLEH PERSATUAN



Sekian terima kasih.
 



 

Laporan disediakan oleh : -

Puan Norhamamah Abdul Salam,
Pegawai Pembangunan Negeri - Skuasy
USPTN Sabah.

Followers