Thursday, October 28, 2010

KARNIVAL PELAPIS 2/2010- LAPORAN HARI PERTAMA (28 Okt 2010)

3 sukan telah memulakan acara pada hari ini iaitu Olahraga,Angkat Berat dan Tinju.

Berikut Keputusan terkini sehingga jam 2.00 ptg hari ini:

Olahraga:
1)Syawarullah telah layak ke pertandingan akhir acara 400m yang dijadualkan pada sesi petang.

Angkat Berat:

1) Calixtus Daunius- 50kg
- Snatch (Emas)
- C/J (Emas)

2) Loro Welkinson- 56kg
- Snatch (Gangsa)
- C/J (Gangsa)

Sekian dan Terima Kasih.

Friday, October 22, 2010

TERJUN-LAPORAN PEMANTAUAN SDO




Masa       :  6.00 Petang
Venue     :  Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Jurulatih  :  Encik James Sandayud 

Ulasan/Maklumbalas/Cadangan

1.  Kehadiran memuaskan semua atlet hadir.

2.  JPM memaklumkan bahawa 1 acara seorang atlet wanita yang akan menyertai Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2/2010 pada minggu depan akan digugurkan memandangkan   tangan atlet berkenaan luka.

3.  Beberapa orang atlet mempelajari Dive baru dan bersedia menyertai kejohanan pada tahun hadapan.

4.  SDO memberi penerangan mengenai jadual penerbangan pergi-balik, tempat penginapan. Surat pelepasan/kebenaran telah difakskan ke sekolah-sekolah.   

* Jutaan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah di atas peralatan yang diberikan.

Thursday, October 21, 2010

ARTISTIK-LAPORAN PEMANTAUAN PKU- 20 OKT 2010





Masa: 7.30 malam
Tempat : Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Jurulatih : Liew Tong Ee (JPM) & Lee Yi Horng (JSM)

Ulasan/Maklumbalas/Cadangan:

1. Latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran atlet agak memuaskan.

2. Kerja-kerja pemasangan semula peralatan gymnastik telah dilakukan oleh pihak Lembaga Sukan Sabah selepas dewan tersebut digunakan sebagai dewan makan sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Se-Malaysia.

3. JPM memaklumkan, kekurangan Magnesium Powder sedikit mengganggu latihan terutama untuk atlet-atlet senior. Mohon bantuan daripada pihak Cawangan Pelapis untuk dibekalkan powder tersebut.

4. JPM memaklumkan, atlet senior dilatih oleh beliau manakala atlet junior/baru dilatih oleh JSM (Lee Yi Horng).

5. Turut sama semasa pemantauan Pen Pengarah Bahagian Pengurusan Acara, Majlis Sukan Negeri Sabah (Puan Valerie Wong).

BADMINTON-PEMANTAUAN SDO/PKU- 20 OKT 2010

Masa: 7.00 malam
Tempat: Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Kehadiran : 18 orang
Jurulatih : Encik Steven Joker (JPM)
Ulasan/Maklumbalas/Cadangan:
1. JPM memaklumkan latihan berjalan seperti biasa. Kadang kala sesi latihan sedikit terganggu pada sesi malam disebabkan banyak tempahan daripada pengguna luar membuatkan JPM terpaksa memperuntukkan 8 pemain untuk 1 gelanggang.
2. Bekalan shuttlecock semakin berkurangan. Penggunaan shuttlecock yang banyak semasa match play terutama yang melibatkan atlet senior. Mohon dapat  maklumbalas pengurus mengenai bekalan shuttlecock.
3. JPM memaklumkan telah mencadangkan kepada Persatuan Badminton Sabah untuk menyenaraikan beberapa pemain pelapis untuk menyertai Kejohanan Malaysian International Challenge pada bulan November depan. Walaubagaimanapaun ini bergantung kepada kuota yang diberikan kepada negeri sabah.
4. Selain itu, antara kejohanan yang akan disertai peringkat negeri ialah Kejohanan Badminton Tertutup Negeri Sabah dan Kejohanan Badminton Remaja Siri-2 dan Jemputan.



Friday, October 8, 2010

PEMANTAUAN LATIHAN SKUASY




Tarikh : 5 Oktober 2010
Tempat : Gelanggang Skuasy, Stadium Likas
Masa : 3.35 ptg
Kehadiran atlet : 8 orang (atlet elit negeri)
Jurulatih : En Munir (JLN)

Ulasan/Maklumbalas:

1. Kehadiran agak memuaskan. 2 orang atlet tidak hadir disebabkan mengikuti kelas tambahan.

2. Semasa pemantauan dibuat, Mr PP Lai (ahli persatuan) juga berada di gelanggang. Beliau memaklumkan terdapat 3 kejohanan yang akan disertai sehinnga Disember 2010. Beliau juga memaklumkan, Persatuan Skuasy Malaysia telah mengeluarkan senarai ranking terkini bagi remaja di mana beberapa orang atlet Sabah berada dalam ranking Top 3.

KLINIK BADMINTON BAWAH 12 TAHUN, 2010

Tarikh : 5 Oktober 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.


1. USPTN Sabah telah menjalankan program Klinik Badminton Bawah 12 Tahun dan telah menjemput 13 buah sekolah rendah sekitar daerah Kota Kinabalu. Seramai 46 orang pelajar telah menyertai program ini.

2. Program ini telah dijalankan oleh JPM USPTN (En.Steven Joker) dan JPM MSNS (En.Yapp Su Chiew) dibantu oleh kakitangn USPTN (Mohd.Rezwan, Intan Nazrina & Nordianah)

3.Antara perkara yang telah diajar pada program tersebut lebih kepada asas-asas permainan badminton seperti cara memegang raket yang betul, forehand sevis, backhand sevis, forehand netting,backhand netting, looping dan lain-lain lagi.

4. Pada sesi petang, satu ujian/penilaian telah dijalankan bagi menguji kefahaman peserta. Antara ujian yang telah dijalankan ialah forehand sevis,backhand sevis,forehand netting,backhand netting dan looping.

5. Pada program ini juga, JPM telah mengenalpasti beberapa orang pelajar yang mempunyai bakat dan berpotensi untuk dimasukkan dalam program pelapis negeri.





Followers