Friday, December 19, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI SABAH 2014

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Inward Potential Sdn Bhd telah menganjurkan Kem Tahunan Pelapis Negeri Sabah 2014 pada 15hb-17hb Disember 2014 bertempat di Tambatuon Homestay, Kota Belud.

Sejumlah 34 orang Atlet Pelapis Negeri yang terdiri daripada Sukan Terjun, Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Sepak Takraw dan Tinju telah menyertai program ini dan dibantu Oleh 6 orang Pegawai daripada USPTN dan 5 orang trainers daripada Inward Potential Sdn Bhd yang diketuai oleh En Rosli Abdullah yang juga merupakan Pengarah Inward Potential Sdn Bhd.

Objektif program adakan membentuk jati diri dan semangat sepasukan dikalangan atlet.

Pengarah MSN Sabah (Encik Terrance Edward Pudin) ada membuat lawatan pada hari pertama program.

Sekian.

Tuesday, December 9, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2014

Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan Persekutuan Angkat Berat Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2014 bermula hari ini 9hb-11hb Disember 2014 bertempat di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu.

Sejumlah 97 orang peserta mengambil bahagian pada Kejohanan ini daripada seluruh negeri di Malaysia.

Majlis perasmian Kejohanan telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Turut hadir semasa perasmian En Ariffin Abdul Ghani, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, En Awang Besri (Wakil Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah) dan Datuk Ong Poh Eng (Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia).

Terima Kasih.

Monday, December 8, 2014

SABAH-LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TERJUN REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

Tarikh: 5 Disember 2014
Masa: 4.30-6.30 petang
Tempat: Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor.

Kehadiran:
1 Jurulatih
1 PPN
1 Atlet Lelaki, 3 Atlet Wanita

Latihan: 
Dive untuk kejohanan 1M dan 3M papan anjal. 
(Wanita Bawah 17 tahun)
-Nurain Nadzmi
-Nurfazriyanti Jali
-Norazlin Ramon
1M-101B, 201C, 301C, 403C, 5231D,103B, 203B,104D,104B
3M-103B, 201B, 301B, 403B, 5231D, 105B, 203B, 105B

(Lelaki Bawah 12 tahun)
-Julfaddli Jali
1M-101B, 201C, 301C, 401B, 5221D, 103B
3M-103B, 201C, 301C, 401B, 103B, 403B

Ulasan:
-Pasukan negeri Sabah bertolak pada 7.00 pagi dan tiba di Hotel Carlton Holiday pada pukul 3.00 petang.

-Mesyuarat pengurus pasukan diadakan pada pukul 4.00 petang. Seramai 37 penerjun menyertai pada kejohanan pada kali ini. Penyertaan negeri-negeri adalah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Sekian dan terima kasih.


Laporan oleh:

Intan Nazrina Ag Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.


Sunday, November 30, 2014

SABAH-LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA HARI KE-EMPAT


Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014
Tarikh: 28 November 2014 (Jumaat)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA.

Pasukan Negeri Sabah ke venue pertandingan pada pukul 7.15 pagi. Seterusnya sesi pemanasan badan dilakukan bagi persediaan kejohanan.

Pertandingan pada hari terakhir ini hanya melibatkan gimnas Gred 2.

Penyampaian hadiah selesai pada pukul 6.00 petang.

Keputusan hari ke-empat/akhir adalah seperti berikut:-
Gred 2- Belantan
Ningsari Atiqah Bt. Ali
Ketiga (9.866)

Gred 2 Berpasukan
Ke-empat. 
Ningsari Atiqah Bt. Ali
Trinity Manavai Christinillus 
Leann Deborah Lokupi

Keputusan kejohanan yang lengkap belum diterima dan akan diemailkan.

Sekian.


SABAH-LAPORAN KEJOHANAN HARI KETIGA


Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014
Tarikh: 27 November 2014 (Khamis)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA.

Pasukan Negeri Sabah ke venue pertandingan pada pukul 7.30 pagi. Seterusnya pemanasan badan dilakukan bagi kejohanan dan pada hari ini hanya adik Zovi Tie Yu Pei (Gred 4) bagi acara Gelung dan Tali.

Pertandingan bermula pada 9.00 pagi - 1.00 petang, 2.00-6.00 petang.

Penyampaian hadiah selesai pada 6.30 petang.

Keputusan hari ketiga adalah seperti berikut:-
Gred 4: Zovi Tie Yu Pei 

Gelung: 16/16 (10.866)
Tali: 9/17 (12.300)

Sekian.

Sent from Samsung tablet

Thursday, November 27, 2014

SABAH-LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA-HARI KEDUA

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014 

Tarikh: 26 November 2014 (Rabu)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA, Pahang.

Pasukan Negeri Sabah ke venue pertandingan pada pukul 7.30 pagi. Seterusnya pemanasan badan dilakukan bagi persediaan  kejohanan.

Pertandingan bermula pada 9.00 pagi - 2.00 petang, 3.00 - 6.30 petang. 

Penyampaian hadiah selesai pada 7.30 malam. 

Keputusan hari kedua adalah seperti berikut:-

Gred 4:  Freehand
Zovie Tie Yu Pei
Keputusan: 11/16 (12.300)

Gred 2: Hoop
Ningsari Atiqah Bt. Ali
Keputusan: 7/20 (9.450)

Trinity Manavai Christinillus  
Keputusan: 11/20 (9.050)

Leann Deborah Lokupi 
Keputusan: 16/20 (8.200)

Gred 2: Ball
Ningsari Atiqah Bt. Ali 
Keputusan: 6/20 (9.450)

Trinity Manavai Christinillus 
Keputusan: 15/20 (8.450)

Leann Deborah Lokupi
Keputusan: 16/20 (8.000)

Sekian dan terima kasih.



Laporan disediakan oleh:

Intan Nazrina Ag Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri- Gimrama,
USPTN Sabah.


SABAH-LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA-HARI PERTAMA

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Gimrama Siri 2/2014.

Tarikh: 25 November 2014 (Selasa)
Venue: Dewan Gimnastik, SUKPA, Pahang. 

Pasukan Negeri Sabah bertolak ke venue untuk sesi latihan pada pukul 11.00 pagi. Jumlah atlet (Gred 4: 1 orang, Gred 2: 3 orang).

Mesyuarat diadakan pada pukul 3.00 petang. Penyertaan 
WPKL, Selangor, Kelantan, Melaka, Perak, Johor, P.Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Pahang (11 negeri).

Kejohanan bermula pada  pukul 6.00 petang.

Penyertaan Gred 4 : Zovie Tie Yu Pei
Keputusan:(7/15 -12.100)

Sekian dan terima kasih 


Laporan disediakan oleh:

Cik Intan Nazrina Ag Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Gimrama,
USPTN Sabah.



AUDIT KHIDMAT SOKONGAN CAWANGAN PELAPIS 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Dimaklumkan 2 orang Pegawai (Puan Nurehsan & Puan Noor Azura) daripada Unit Khidmat Sokongan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia telah mengadakan Audit Khidmat Sokongan di USPTN Sabah pada 25hb-26hb November 2014.

Audit ini diadakan bagi memeriksa,menyemak dan membuat penambahbaikan 2 elemen Khidmat Sokongan iaitu Pentadbiran dan Kewangan.

Beberapa teguran kecil dan penambahbaikan perlu dilakukan antaranya seperti sistem rekod fail, rekod cuti, penggunaan borang, laporan thumbprint, penggunaan fail keras bagi penyimpanan penyata kad cuti, mewujudkan fail daftar kewangan danfail bagi wang apungan.

Terima Kasih

Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BOLING PADANG - 14 / 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BOLING PADANG  - 14 / 2014 

 
Tarikh            : 21 November 2014 (Jumaat)
Masa               : 2.00 - 4.00 Petang
Tempat           : Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Likas, Sabah.   
 
Kehadiran      :
                        1. En. Abdul Murah Laksanah                         - JSM USPTN 
                        2. 2 Orang atlet PLN 
 
LATIHAN     :
                 
-        Warming up 
-         Game 
-         Coolign down
 
UJIAN            :
-          -  Tiada Ujian
 
PERTANDINGAN :
-            Tiada pertandingan
 
KECEDERAAN :
-          - Tiada Kecederaan
 
PERALATAN:
-          - Tiada Peralatan
 
PROGRAM BINAAN:
-          -Tiada Program Binaan
 
ULASAN:
1.      Kehadiran atlet kurang memuaskan disebabkan kebanyakan atlet balik ke kampung halaman masing masing. 
2.   Tiada masalah berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar. 

Gambar pemantauan disertakan:

Mohd Safwan Bin Adiman 
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri 
SABAH. 


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENIS (KEJOHANAN DALAMAN) - 10 / 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENIS (KEJOHANAN DALAMAN) - 10 / 2014

 
Tarikh              : 22.11.2014 (Sabtu) 
Masa               : 2.00 - 4.00 petang
Tempat            : Gelanggang Tenis KSKK, Sabah
 
Kehadiran      :
                        1. En. Tito Latoja                                        - JPM MSNS 
                        2. En. Walter Alex                                      - JSM USPTN
                        3. En. Md Firdaus Sukor                            - JSM USPTN
                        4. En. William Lo Vun Kiun                      - JSM USPTN 
                        3. 30 Orang Atlet 
                                     
LATIHAN     :

-      Tiada Latihan
 
UJIAN            :
-          Ujian teknikal bagi atlet baru.
 
PERTANDINGAN :

-      Kejohanan Dalaman PLN Sabah

KECEDERAAN : 


-          Tiada Kecederaan 
 
PERALATAN:


-          Tiada Peralatan
 
PROGRAM BINAAN:


-          Tiada Program Binaan
 
ULASAN:
1. Kehadiran atlet seramai 30 orang. JSM semua hadir termasuk JPM MSNS. 
2. Pertandingan dijalankan bertujuan untuk mengkelaskan pemain kepada rangking dalam setiap pecahan umur, selain mengukur tahap keberkesanan program latihan dan juga penambahbaikan kepada program latihan.
3. Sistem kejohanan ialah sistem round-robin.
        
Gambar pemantauan disertakan:

Mohd Safwan Bin Adiman 
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri 
SABAH. 



Followers