Thursday, November 7, 2013

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA ATLET PELAYARAN

Tarikh    : 8 September 2013 (Ahad)
Masa      : 3.30 – 4.30 petang
Tempat  : Kinabalu Yacht Club

Kehadiran: 

1. Tuan Haji Ahmad Yusoff Bin Said (JPM-MSN Sabah)
2. Encik Zainal Bin Madi  (JSM)
3. Puan Shoon Yun Chin(JSM)
4. Encik Christopher Chin (Presiden Saila/JSM)
5. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein
6. 12 Orang Ibubapa
7.  15 Orang Atlet

ULASAN :    

- JPM memaklumkan bahawa setakat ini 3 atlet SUKMA 2014 dilantik.

- Atlet yang dilantik akan berlatih di Kg Melugus, Papar (Jumaat-Ahad) bermula pada bulan Oktober.

- JPM memaklumkan seramai 8 orang akan dipilih untuk mewakili negeri ke SUKMA pada tahun hadapan.

- Ibu bapa yang anaknya di bawah SAILA bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan RM200 sekiranya terpilih ke kejohanan.  Ini bertujuan bagi membolehkan ramai atlet menyertai kejohanan.

 Atlet di bawah Kinabalu Yacht Club akan diberi RM400 bagi yang menyertai kejohanan.

Gambar semasa perjumpaan disertakan :






Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Bte Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Pelayaran,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers