Wednesday, July 31, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN PLN PELAYARAN - KYC TG ARU, KOTA KINABALU

Tarikh    : 27  Julai 2013 (Sabtu)
Masa      : 10.30  pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat  : Kinabalu Yacht Club

Kehadiran: 
1. Tuan Haji Ahmad Yusoff Bin Said
2. Encik Zainal Bin Madi
3. Puan Shoon Yun Chin
4. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein
5. 4(L)/3(W) – Optimist
    2(L)/2 (W) – Atlet Baru


LATIHAN:
-           Balancing
-          Pacing
-          Short race triangle

UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-    Tiada

KECEDERAAN:
-          Tiada

PERALATAN:
-         Bot Optimist


PROGRAM BINAAN:
-          Tiada

ULASAN:
-          Sesi Latihan diadakan bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 11.30 pagi bagi pelayar baru.  Bagi pelayar optimist latihan bermula pada 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. 

-          Atlet-atlet senior termasuklah 3 orang pelayar yang telah dilantik SUKMA 2014, tidak hadir kerana menghadiri kelas gantian cuti Hari Raya.

-          Encik Zainal Madi memaklumkan bahawa seramai 6 orang pelayar di bawah USPTN Sabah dan seorang  pelayar negeri akan menyertai Kem Pemilihan Atlet untuk melayakkan Diri ke Sukan SEA 2013 pada 18 – 28 Ogos 2013 di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah akan bertolak pada 16 Ogos 2013. Pelayar-pelayar yang menyertai adalah seperti berikut:-

1.      Rufina Tan
2.      Nicole Chan Mei Yii
3.      Connie Riverra Tsen
4.      Nornaelah Bt. Norhassan
5.      Brandon Sung Hon Kong
6.      Brian Chow Cheng Han
7.      Zaifah Zairie Hardy

Diucapkan selamat maju jaya  kepada pelayar semua dan semoga layak mewakili negara ke Sukan SEA 2013.


Gambar pemantauan disertakan:







Laporan disediakan oleh:

Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri – Sukan Pelayaran,
USPTN Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN PLN TERJUN

Tarikh    : 27 Julai 2013 (Sabtu)
Masa      : 8.45 – 9.30 pagi
Tempat  : Dry Gym, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Encik James Sandayud
2. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Husssein
3. 4(L)/3(W) –Senior
    (2L)/6 (W) – Atlet Baru


LATIHAN:
-          Gym
Basic Trampoline,Springboard,Platform

-           Kekuatan
Bina kekuatan perut, tangan dan kaki

UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-    Tiada

KECEDERAAN:
-          Tiada

PERALATAN:
-         Springboard
-         Trampoline


PROGRAM BINAAN:
-          Tiada


ULASAN:

-          Sesi latihan diadakan bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 petang.  Latihan hanya diadakan di ‘Dry Gym’ sepanjang bulan puasa. 

-          Jurulatih; Cik Anjelica Simpul tidak hadir kerana kurang sihat dan atlet di bawah jagaan beliau dilatih oleh Encik James Sandayud.

-          Perjumpaan bersama dengan atlet dan jurulatih; atlet memaklumkan akan bercuti  Hari Raya selama seminggu kerana ingin bercuti lama di kampung, memandangkan sekolah akan bercuti selama dua minggu.

Gambar pemantauan disertakan:







Laporan disediakan oleh:-

Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri – Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT DAERAH TAMBUNAN.

Tarikh         :  20.7.2013 (SABTU)
Masa          :   3.00PM – 6.00PM
Tempat       :   GYM ANGKAT BERAT KOMPLEKS SUKAN TAMBUNAN SABAH


KEHADIRAN :

1. Atlet - 10 lelaki, 3 Wanita
2. Jurulatih Cornelius Pawon(USPTN) & Stephene Gampion (MSNS)


PROGRAM LATIHAN :

1) Jerk from Block

2) Front Squat

3) Clean & Jerk Classic

4) Snatch Classic


KECEDERAAN :

1. Tiada kecederaan atlet.


PERALATAN :

1 set peralatan lelaki telah diterima daripada Cawangan Pelapis bertarikh 17.7.2013. Peralatan ini ditempatkan di PLN Kompleks Sukan Tambunan Sabah. Inventori peralatan bertarikh 20.7.2013 untuk rekod pihak USPTN dan pihak Kompleks Sukan Tambunan.


ULASAN/MAKLUMBALAS :

Semasa lawatan diadakan jurulatih memaklumkan jumlah penambahan atlet bawah 15 tahun seramai 10 orang. Pihak persatuan Angkat Berat Daerah Tambunan akan memohon pengubahsuaian bangunan Gym tersebut kepada Kementerian Belia Dan Sukan Sabah melalui Lembaga Sukan Sabah. Justifikasi permohonan adalah berdasarkan penambahan dan prestasi atlet di Daerah ini semasa Sukan Sabah 2013 pada 2-7 Jun 2013 yang lalu. 

Disertakan gambar semasa pemantauan :







Laporan disediakan oleh :

Puan Nelly Dimon @ Daimond,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Angkat Berat,
USPTN Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TENPIN BOLING KOTA KINABALU

Tarikh    : 21 Julai 2013
Masa     : 5.00pm - 6.00pm 
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

KEHADIRAN:
1. Ricky Loh Yew Moh
2. Gerard Demandan
3. 7 atlet lelaki
4. 9 atlet wanita

LATIHAN:
-    Acuracy Ball
-    Step Tempo
-    Balancing Drill
-    Scoring

UJIAN
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-     Sportexcel NSC/Milo - Sarawak Leg
-    Sportexcel NSC/Milo - Sabah Leg

KECEDERAAN:
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN:
-          1 Reactive Ball 
-        1 Spare Ball

PROGRAM BINAAN:

Tiada

ULASAN:

Jadual latihan semasa bulan Ramadhan bermula pada jam 4.00pm - 6.00pm bagi keseluruhan Gred AAA dan AA.

Semasa pemantauan, ramai atlet tidak hadir, terutama pada bulan Ramadhan yang majoriti atletnya jarak dari kawasan perumahan ke pusat latihan jauh.
JSM Elizabeth tidak hadir kerana beliau sakit dan telah dimaklumkan kepada ketua jurulatih En. Ricky.

Intensiti latihan pada bulan Ramadhan ini pada tahap sederhana bagi memastikan atlet dalam keadaan beredia untuk menghadapi Kejohanan Sportexcel Sarawak Leg dan Sabah Leg pada bulan Ogos.

Disertakan gambar semasa pemantauan :


Laporan disedeiakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Tenpin Boling,
USPTN Sabah.

Tuesday, July 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TERJUN

Tarikh    : 13 Julai 2013 (Sabtu)
Masa      : 10.30 – 11.30 pagi
Tempat  : Dry Gym, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Encik James Sandayud
2. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Husssein
3. 4(L)/4(W) –Senior
    5(L)/3 (W) – Atlet Baru


LATIHAN:

-          Gym
Platform -1 Jump ABC x 10/ Jump Back ABC x10
Springboard – 10 Jump & 3 Jump Walk Back ABC x 10
Trampoline – 10 Jump & 5 Jump Walk Back ABC x 10

UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-    Tiada

KECEDERAAN:
-          Tiada

PERALATAN:
-         Springboard
-         Trampoline


PROGRAM BINAAN:
-          Tiada


ULASAN:

Sesi Latihan diadakan bermula pukul 8.30 pagi – 12 tengahari.  Jurulatih memaklumkan bahawa sepanjang bulan puasa sesi latihan dijalankan pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Perjumpaan dengan atlet – PPN memaklumkan kepada atlet belum ada sebarang makluman tentang kejohanan yang terdekat daripada pengurus cawangan pelapis.

Gambar pemantauan disertakan:







Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Bte Awang Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

Monday, July 15, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TINJU KOTA KINABALU

Tarikh :12 JULAI 2013
Masa : 3.00 PETANG
Tempat : TASIK KOMPLEKS SUKAN LIKAS

KEHADIRAN :

KEHADIRAN ATLET SERAMAI 7 ORANG. 4 ATLET LAMA DAN 3 ORANG ATLET BARU.

LATIHAN:

- WARMUP
- JOGGING 
- JEEP
- HOCK
- SHADOW BOX 
- PADDING
- LIGHT SPARING

UJIAN:


PERTANDINGAN:


KECEDERAAN:

- SEORANG ATLET CEDERA BAHAGIAN LUTUT KERANA MENGIKUTI LATIHAN SUKAN SEKOLAH DAN TELAH MENDAPATKAN RAWATAN.

PERALATAN:


PROGRAM BINAAN:

-

ULASAN:

- LATIHAN TERPAKSA BERPINDA RANDA KERANA TIADA TEMPAT YANG SESUAI UNTUK LATIHAN. SEKARANG LATIHAN AKAN DI JALANKAN DI TASIK KOMPLEKS SUKAN LIKAS.

- KEHADIRAN ATLET AGAK KURANG MEMBERANSANGKAN KERANA TERIKAT DENGAN JADUAL SEKOLAH DAN KELAS TAMBAHAN BAGI YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENTING.

- SEMASA LATIHAN LIGHT SPARING ATLET TERPAKSA BERLATIH DI ATAS SIMEN KERANA TIADA GELANGGANG DAN MENYUKARKAN LATIHAN.


- SEORANG ATLET BARU YANG HADIR SEMASA SESI LATIHAN BERUSIA 11 TAHUN DARI SK INANAM LAUT. BAPA ATLET SENDIRI YANG MENGHANTAR KE TEMPAT LATIHAN KERANA BELIAU JUGA MERUPAKAN BEKAS SEORANG PENINJU.

Disertakan gambar semasa pemantauan :










Laporan disediakan oleh :

Puan Norhamamah Abdul Salam,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Tinju,
USPTN Sabah.

Followers