Wednesday, March 20, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN TAEKWONDO - 10HB MAC 2013


Tarikh : 10 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 3.30pm - 5.00pm
Tempat : SK St John, Kampung Tanjung, Tuaran

Kehadiran:

1. Joseph Kung (JSM)
2. Munir Ahmed (SDO)
3. Lelaki - 5 atlet
4. Wanita - 5 atlet

Pertandingan :

- Sportexcel Sirkit 1, Pulau Pinang.

Latihan :

- Ujian Kenaikkan Warna Tali Pinggang.

Ulasan:

1. Ujian dijalankan oleh Ketua Taekwondo, iaitu Master Barry Voon dan atlet yang hadir dalam lingkungan 25 atlet terdiri daripada tali pinggang putih, kuning, hijau, dan biru.

2. Beberapa atlet pelapis yang hadir, majoriti daripada daerah yang jauh seperti Kota Belud, Penampang dan Tuaran.

3. Makluman untuk atlet di daerah Tawau, Lahad Datu dan Kunak latihan diberhentikan seketika atas sebab situasi semasa.

4. TID Pelapis akan dilakukan pada tarikh 19-21 April 2013 semasa kejohanan 'Sabah Close' dan akan dinilai oleh En. Joseph Kung dan Master Barry Voon.

5. Masalah yang dihadapi oleh Pusat Latihan adalah tempat latihan ini akan diatasi dengan mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah Tuaran dengan kerjasama Pegawai Sukan Kementerian Belia dan Sukan daerah Tuaran En. Baxter. Cadangan adalah di Dewan Kg Selupu.
 
Sekian dan Terima Kasih.
 




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri - Taekwondo
USPTN Sabah.

 

No comments:

Followers