Wednesday, March 20, 2013

LAPORAN PERJUMPAAN JURULATIH ANGKAT BERAT.


Sukan : Angkat Berat
Tarikh : 4.00pm
Tempat : Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.(Ruang Legar Stor Penyimpanan Peralatan)

 
Kehadiran :
 
1) Nicholas Wong Chee Yen(jurulatih)
2) Sylvestian Kirinus(atlet)
3) Jerry Max(atlet)
4) Adriel Benjamin(atlet)

 

Program:

1) Proses pemindahan peralatan set angkat berat daripada pejabat Majlis Sukan Negeri Sabah ke Stor penyimpanan peralatan sukan di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

-Menerangkan prosedur penggunaan peralatan yang dibekalkan oleh pihak Cawangan Pelapis 2012 Majlis Sukan Negara.

-Jurulatih hendaklah memohon kebenaran penggunaan peralatan daripada Ketua Unit Usptn Sabah kerana semua peralatan telah disenaraikan dalam invetori peralatan.Ini bagi memudahkan pihak Lembaga Sukan dapat merekod keluar masuk peralatan daripada stor.
 

2) Kemaskini senarai atlet di bawah program Pelapis Negeri Sesi Febuari-Jun 2013.

 

Latihan:

1) Tiada sesi latihan dijalankan semasa perjumpaan. Jurulatih memaklumkan gym digunakan untuk penyimpanan peralatan sempena perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia yang telah di adakan pada 23.2.2012 bertempat di dewan serbaguna Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

 

Pertandingan:

1) Perbincangan awal dengan jurulatih penyertaan atlet ke kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 20 tahun sir 1/2013 yang akan diadakan pada 24-27 Mac 2013 bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Penganjuran tersebut adalah dianjurkan Persatuan Angkat Berat Sabah dengan kerjasama Persekutuan Angkat Berat Malaysia.h dengan kerjasama Persekutuan Angkat Berat Malaysia.

 

Ulasan :

Semasa perjumpaan diadakan, penyerahan pengagihan 2 kotak magnesium powder kepada jurulatih di PLN Kota Kinabalu.(tarikh penerimaan-26.2.2012).

Bagi PLN Kompleks Sukan Daerah Tambunan (2 kotak) dan after school program SMK Desa Wawasan (1 kotak) akan diserahkan kepada jurulatih Cornelius Pawon Dan Leo Johnny pada 2.3.2013.

Pengagihan Magnesium powder di agihkan secara berfasa dan berperingkat mengikut keperluan PLN.

Tujuan pengagihan secara berfasa dan berperingkat ke PLN adalah untuk mengawal bekalan mangesium kerana bekalan adalah terhad. Jurulatih dan atlet hendaklah mengambil peranan untuk lebih berjimat.

 Baki magnesium powder disimpan di pejabat Majlis Sukan Negeri Sabah.
 
Terima Kasih.
 

Laporan disediakan oleh :

Puan Nelly Dimon @ Daimond,
Pegawai Pembangunan Negeri - Angkat Berat
USPTN Sabah.
 

No comments:

Followers