Thursday, March 21, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL DAERAH KENINGAU - 15HB MAC 2013

Tarikh : 15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa : 3.00pm - 4.00pm
Tempat : Kg. Luati, Keningau
 
Kehadiran:
1. En. Jatin Imat (JSM)
2. Cik Intan Nazrina (PPN)
3. 6 Atlet Lelaki

LATIHAN:
 
- Gearing 10 pusingan - 4 km, sasaran 6minit 1 pusingan.
 
UJIAN:
 
- Program pembangunan Mountain Bike Cross Country.
 
PERTANDINGAN :
 
- RT Bukit Permai Mountain Bike Challenge
- BMX Kebangsaan Sirkit 1/2013
 
KECEDERAAN :
 
- Tiada Kecederaan Berlaku.
 
PERALATAN:
 
- Mountain Bike (Basikal).
 
PROGRAM BINAAN:
 
- Tiada.
 
ULASAN:
 
1) Latihan Bermula tepat jam 3pm hingga 5.30pm yang dikendalikan oleh Jurulatih Jatin Imat JSM Keningau.
 
2) Sesi latihan pada hari tersebut adalah latihan ringan kerana pada keesokkanya atlet bertolak ke Kota Kinabalu untuk menyertai Program XCC Trial yang dianjurkan Persatuan Berbasikal Sabah.
 
3) Masalah yang dihadapi kehadiran atlet tidak memuaskan walaupun telah dimaklumkan mengenai kehadiran kami.
 
4) Jurulatih menghadapi sedikit kekangan di dalam komunikasi bersama atlet, kerana majoriti atlet adalah cina dan kadang-kadang bahasa arahan tidak dapat dilakukan atlet.
 
5) Di akhir pemantauan Jurulatih meneruskan latihan walaupun cuma 6 lelaki sahaja menjalankan latihan.
 
6) Mohon maaf kerana tidak dapat disertakan gambar pemantauan kerana semasa proses pemindahan gambar ke komputer telah berlaku masalah teknikal.
 
Sekian, Terima Kasih.
 
 
Laporan disediakan oleh :
 
Encik Munir Ahmed,
Pegawai Pembangunan Negeri - Berbasikal,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers