Friday, March 22, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN PEDALAMAN- SUKAN OLAHRAGA

 

Tarikh : 15 Mac 2013
Masa : 1.45 - 2.50 petang
Tempat : Kompleks Sukan Keningau



Kehadiran:

1. Encik Munir Ahmed (PPN)
2. Encik Yusran Bin Mohd Bahari (JSM)


Program :

1. Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Bahagian Pedalaman berlangsung pada 12-16 Mac 2013. 

2. Daerah yang terlibat Keningau, Tenom, Nabawan dan Tambunan.
Bilangan peserta mengikut daerah :

          Keningau (117 orang atlet)
          Nabawan (90 orang atlet)
          Tenom  (90 orang atlet)
          Tambunan (90 orang atlet)
 
3. Seramai 19 orang atlet Pelapis Negeri menyertai kejohanan tersebut.


Ulasan :

1. Perbincangan dengan jsm; jsm mencadangkan agar satu mesyuarat penyelarasan program di antara jurulatih Sandakan, Tawau dan Keningau diadakan sebelum program/aktiviti dijalankan – Ujian Kecergasan, Ujian Spesifik, Klinik, Kem dan Kejohanan Dalaman.


2. Perbincangan dengan jurulatih ‘after school program’; mana-mana atlet yang berpotensi yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh berlatih di bawah jsm. Jsm akan membuat ‘talent scouting’ semasa kejohanan berlangsung.
 
 
Sekian dan terima kasih.
 
 
 


 
 
Laporan disediakan Oleh:-
 
Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri - Sukan Olahraga
USPTN Sabah.









































 

No comments:

Followers