Sunday, November 9, 2014

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014

Salam,

Hari kedua Kem Bakat Memanah bermula seawal pagi jam 6.30 pagi bergerak ke Institut Sukan Negara Malaysia ( ISN ) untuk sesi Ujian Kecergasan.

Selepas sarapan semua atlet diminta berkumpul untuk mengisi borang ujian dan kajiselidik. Sesi ujian bermula jam 8.30 pagi dengan ujian Otopometri. Ujian kecergasan selesai dalam jam 10.30 pagi dan sesi seterusnya diadakan di MSN Keramat.

Sesi petang diteruskan dengan Shooting Skill ( Lelaki 70m dan Wanita 60m ). Pada sesi ini jurulatih yang berpengalaman seperti Jurulatih Marbawi, Jurulatih Nizam dan beberapa orang lagi jurulatih akan membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai jam 6.15 petang.

Program pada sesi malam di teruskan di Ruang menunggu Hotel Safari untuk sesi motivasi. Objektif sesi ini adalah untuk menaikkan semangat atlet untuk tahu akan hala tuju mereka dalam bidang memanah. Sesi malam berakhir pada jam 11 malam.


Terima Kasih.

Laporan oleh :

Norhamamah Abdul Salam,
Peg Pembangunan Negeri- Sukan Memanah,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers