Thursday, November 27, 2014

AUDIT KHIDMAT SOKONGAN CAWANGAN PELAPIS 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Dimaklumkan 2 orang Pegawai (Puan Nurehsan & Puan Noor Azura) daripada Unit Khidmat Sokongan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia telah mengadakan Audit Khidmat Sokongan di USPTN Sabah pada 25hb-26hb November 2014.

Audit ini diadakan bagi memeriksa,menyemak dan membuat penambahbaikan 2 elemen Khidmat Sokongan iaitu Pentadbiran dan Kewangan.

Beberapa teguran kecil dan penambahbaikan perlu dilakukan antaranya seperti sistem rekod fail, rekod cuti, penggunaan borang, laporan thumbprint, penggunaan fail keras bagi penyimpanan penyata kad cuti, mewujudkan fail daftar kewangan danfail bagi wang apungan.

Terima Kasih

No comments:

Followers