Tuesday, November 20, 2012

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS PLN TAMBUNAN/KENINGAU 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Seperti dalam perancangan USPTN Sabah, Ujian Kecergasan Atlet Pelapis bagi PLN Daerah Tambunan dan Keningau telah diadakan pada 10hb November 2012 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan Tambunan.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan data dan mengenalpasti tahap kecergasan semasa atlet-atlet didalam Program Pelapis Negeri termasuk atlet After School Programme. Program ini juga dapat membantu jurulatih untuk membuat program latihan berdasarkan tahap kecergasan atlet. Selain dapat memberikan pendedahan awal kepada atlet-atlet dalam aplikasi sains sukan.

Program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 t/hari.

Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

1. Ujian Anthropometri.
2. Ujian Fleksibiliti.
3. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.
4. Ujian Daya Tahan Otot.
5. Ujian Standing Jump.
6. Ujian Vertical Jump.

Kesemua ujian-ujian ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu seramai 3 orang dengan dibantu oleh pegawai USPTN Sabah dan jurulatih.

Sejumlah 57 orang atlet, 7 orang jurulatih,3 orang Pegawai ISN dan 3 orang pegawai USPTN telah terlibat dalam ujian ini. Terdapat juga beberapa orang atlet yang terlibat dengan peperiksaan SPM diberi kelonggaran untuk tidak terlibat dalam ujian ini bagi memberi ruang kepada mereka untuk menumpukan peperiksaan.

Pecahan atlet/jurulatih/pegawai adalah seperti berikut :

Atlet :

1. Olahraga - 24 orang (PLN-9 orang & ASP- 15 orang)
2. Angkat Berat - 16 Orang
3. Berbasikal - 17 Orang.

Jurulatih :

1. En Suhaimin Kinsoi - JSM Olahraga
2. En Asriman Kasan - JSM ASP Olahraga
3. En. Nicholas Wong - JPM A.Berat
4. En Cornelius Pawon - JSM A.Berat
5. En Stephen Gompiun - JPM MSN Sabah A.Berat
6. En JR Stanley - JSM Berbasikal
7. En Jatin Imat - JSM Berbasikal

Pegawai ISN :

1. En Ruji Sompong
2. Pn Sara Inggi
3. Cik Farlynce Robert

Pegawai USPTN :

1. En.Mohd Rezwan Osman
2. En. Munir Ahmed
3. Pn Nelly Dimon @ Daimond


Bersama-sama ini disertakan gambar semasa program.






 

Laporan disediakan oleh :-

Mohd Rezwan Osman
Ketua Unit
USPTN Sabah

 

No comments:

Followers