Thursday, November 15, 2012

LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT  SUKAN TERJUN

Tarikh              :  24 Oktober 2012
Masa               :  12.00 Tengahari – 4.00 Petang
Tempat           :  S.K Inanam Laut, Inanam


Seramai 150 orang pelajar Tahun 1 yang terlibat Program Mengenalpasti Bakat Sukan Terjun pada kali ini.  Pemilihan pelajar dijalankan oleh Encik James Sandayud (Jurulatih) dan dibantu oleh Cik Anjelica Simpul (Bekas Atlet). Manakala pendaftaran dibantu oleh adik Awang Sharuddin Bin Manis (Atlet).  (Pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai bentuk fizikal yang sesuai daripada segi fizikal (tubuh badan dan tangan) adalah seramai 48 orang.

Pelajar-pelajar dimaklumkan untuk menjalani Latihan Pengenalan Sukan Terjun bermula pada 10 November 2012 (Sabtu), Sesi Latihan bermula pada 9.00 pagi sehingga 12 tengahari di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.   Ibu bapa pelajar yang terpilih dimaklumkan melalui borang yang disediakan.  Surat makluman pelajar yang terpilih kepada pihak sekolah juga diberikan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajjah Saadiah Awang, Penolong Kanan S.K Inanam Laut kerana banyak membantu sebelum, semasa dan selepas program dijalankan.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:-


Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri,
Sukan Akuatik - Terjun 




No comments:

Followers