Tuesday, September 24, 2013

PEMANTAUAN LATIHAN PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh    : 31 Ogos & 01 September 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa     : 10.30am - 1.30pm & 12.00pm - 1.30pm
Tempat  : Dewan Salleh Sulong, Papar

Kehadiran: 
1. Sahran Untai (JSM)
2. Munir B. Ahmed (SDO)
3. 13 Atlet Lelaki

LATIHAN:
-    Basic step 1,2 & 3 
-    Service Skill & Technique
-    Feeder Skill & Technique
-    Block Skill & Technique
-    Killer Skill & Technique
-    Mini Games & Competition
-    Endurance Training

UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-     Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan UiTM 

KECEDERAAN:
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN:
-          8 Biji Bola Takraw (sendiri)
-      Jaring (sendiri)

PROGRAM BINAAN:
-         Tiada

ULASAN:

- Pemantauan dilakukan semasa sesi latihan biasa dan pemilihan atlet bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan UiTM pada 11 hingga 15 September 2013 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

- Jurulatih menyatakan beberapa atlet telah digugurkan atas komitmen atlet yang jarang turun berlatih dan ada beberapa nama telah dimasukkan ke dalam program pelapis kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dan atlet dipilih semasa kejohanan Presiden yang lalu.

- Masalah lain adalah kekurangan kemudahan latihan dan peralatan. Cadangan lain mewujudkan satu pembantu jurulatih bagi sukan tertentu terutama sepak takraw, kerana semasa sesi melibatkan beberapa kumpulan (station). 

- Berkenaan latihan di Dewan Kem Lok Kawi iaitu pusat latihan asal belum dapat dijalankan. Pihak Majlis Daerah papar memaklumkan pihak kontraktor yang menjalankan penaikkan taraf dewan belum menyerahkan kepada pijak majlis. 

Disertakan gambar semasa pemantauan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Sepak Takraw,
USPTN Sabah.

Monday, September 2, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN BERBASIKAL - INDIVIDUAL TIME TRIAL (ITT) KE-4, 2013

Tarikh    :  24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa     : 10.00am – 11.30am
Tempat  : Jalan Tuaran, Area Kelapa Bakar, Tuaran.

Kehadiran:
1.    Jatin Imat (Jurulatih)
2.   Abdul Latif Ibrahim (Jurulatih)
3.   Munir Ahmed (SDO)
4.   21 Atlet Lelaki
5.   2 Atlet Wanita

 UJIAN  
-   Individual Time Trial (ITT)

PERTANDINGAN
-       Tiada

KECEDERAAN
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN
-          Road Bike
-     Mountain Bike 

KEPUTUSAN ITT:

Acara Wanita (18 Tahun)
1. Aini Suhaina                        – 53’22”810, point – 1 (penurunan) 
2. Noor Farah Tajuddin              – 1'00’59”541 point – 2 (peningkatan)

Acara Lelaki (15 Tahun)
1. Ryan Danielson (KK)                    – 45’48”607,  Pertama (peningkatan)
2. Mike Melson (Keningau)               – 48’54”482,  ke-2 (peningkatan)
3. Nick Mexcenzzy   (KK)                 – 47’02”488,  ke-3 (penurunan)

Acara Lelaki (18 Tahun)
1. Liew Chun Hien (Keningau)            – 39’01”655,  Pertama (peningkatan)
2. Hannan Aririe Abdul Latif  (KK)       – 40’29”014,  ke-2 (peningkatan)
3. Joe Fabio   (KK)                            – 42’23”603,  ke-3 (penurunan)

ULASAN :
-Ujian ITT ini adalah kali keempat yang diadakan semula di daerah Tuaran bagi Pusingan kedua ITT tahun ini bagi menilai semula tahap/prestasi atlet berbanding pusingan pertama.

-Jarak ujian ini sekitar 25KM dan turut bersama memerhatikan program ini ialah En. Saiful daripada pasukan Kobusa, Sarawak (Tour of Borneo) yang turut bersama di dalam menyampaikan hadiah kepada pemenang.

-Ujian pada kali ini menunjukkan ada kemerosotan kehadiran 17 atlet dan kengkangan utama adalah bayaran pengangkutan yang sedikit sebanyak membebankan mereka dan ada  4 atlet menyertai kejohanan BMX di Ayer Keroh Melaka bersama Cik Britney Adlynne.

-Ujian ITT Pusingan Kedua yang bakal dilangsungkan mengikut daerah adalah seperti berikut:-
1. Keningau – 26 Oktober 2013
2. Membakut – 14 Disember 2013

Disertakan gambar semasa program ITT/pemantauan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Berbasikal,
USPTN Sabah.

LAPORAN KEJOHANAN TENPIN BOLING SPORTEXCEL-NSC-MILO-SABAH LEG 2013

Tarikh    : 22 & 23 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
Masa     : 8.00am - 6.30pm 
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh (KK)
2. Elizabeth Michael (KK)
3. Gerald Jemandan (KK)
4. Alexander @ Listi Kual (SDK)
4. Munir Bin Ahmed
5. 30 atlet wanita 
6. 28 atlet lelaki
7. Pn. Nelly Daimond (Urusetia)
8. Pn. Ratimah Undak (Urusetia)

LATIHAN
-    Tiada 

UJIAN
-          Tiada

PERTANDINGAN
-     Sportexcel NSC/Milo - Sabah Leg (22 - 23 Ogos 2013)

KECEDERAAN
-           Beberapa atlet dari Sarawak mengalami kecederaan pada jari,
-       1 Atlet Sarawak menarik diri akibat kecederaan jari.

PERALATAN
-         1 Reactive Ball 
-     1 Spare Ball

PROGRAM BINAAN
-       Tiada

ULASAN
-Kejohanan disertai seramai 113 orang atlet dari Sabah dan Sarawak dengan pecahan seramai 58 atlet Sabah dan 54 atlet Sarawak pada tahun ini. Seramai 14 Atlet tidak hadir dan menarik diri pada saat akhir.

-Atlet Sandakan yang terlibat dalam Sabah Leg adalah Seramai 8 atlet wanita dan 8 atlet lelaki.
Urusetia keputusan kejohanan dan para teknikal dibantu oleh kakitangan USPTN dan kakitangan CPS Bowl seramai 12 orang lane marshall dan teknikal.

-Secara keseluruhan, Kejohanan Sabah leg dikuasai oleh atlet-atlet Sabah dan setiap acara johan dan naib johan adalah atlet-atlet sabah.

-Ada Beberapa atlet Sabah tidak dapat masuk ke GP akhir atas perbezaan mata akhir di mana ada atlet  mendapat tempat terbaik di Sabah Leg tetapi beliau tidak menyertai Sarawak Leg dan atlet yang menyertai Sarawak Leg dan mendapat mata tetapi pencapaian Sabah leg tidak memuaskan menyebabkan beberapa atlet tercicir daripada senarai ke GP akhir.

-Bersama dengan ini desertakan senarai nama atlet yang akan ke Kejohanan Akhir Sportexcel yang pada 14-15 September:

1. Megan Tatiana Calary
2. Shasha Ameera Puteri Shahrom
3. Sushanor A/L Sihanor
4. Amanda Than Yin Xin
5. Syarifah Nadia Bte Ali Hassan
6. Alexandria Edith John

Disertakan gambar sepanjang kejohanan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri- Sukan Tenpin Boling,
USPTN Sabah.

Tuesday, August 27, 2013

LAPORAN PERJUMPAAN ATLET DAN JURULATIH TINJU

Tarikh : 23 ogos 2013
Masa : 8.30pm
Tempat : Arena Belia

Kehadiran :  
- 20 orang atlet, 
- 2 jurulatih

Latihan :
-Tiada

Ujian :
-Tiada

Pertandingan : 

- Kejohanan Tinju Piala Mayor Kota Kinabalu, 2013 (23hb-25hb Ogos 2013, Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu)

Kecederaan
- Seorang atlet pelapis PLN Kk Liew Ming Lun cedera bahu dan terpaksa menarik diri di saat akhir.

Peralatan :

Program Binaan
- TID pada 28 Ogos 2013 di sekolah sekitar Likas, Kota Kinabalu dan sasaran umur adalah 13 - 18 tahun.

Ulasan :
-Ramai atlet yang pada mulanya telah mendaftar untuk menyertai kejohanan terpPaksa menarik diri kerana ibubapa tidak membenarkan kerana akan menduduki peperiksaan SPM.

-Jurulatih telah memaklumkan bahawa pada kejohanan ini akan dibuat pemilihan untuk ke kejohanan Piala Malaysia yang akan diadakan pada 6 -12 oktober 2013 bertempat di Kota Kinabalu.6

Gambar semasa pemantauan disertakan :





Laporan disediakan oleh :

Puan Norhamamah Abdul Salam,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Tinju,
USPTN Sabah.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN GIMRAMA

Tarikh    : 13 Ogos 2013 (Selasa)
Masa      : 9.00 – 10.30 Pagi
Tempat  :  Dewan Gimnasium Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Cik Christylyn Leikon
2. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein
3. LG (6 Orang)

LATIHAN:
-          Point Toes
-          Rope Routine
-          Freehand Element

UJIAN
-          Ujian Kecergasan pada 15 Ogos 2013 (Khamis).

PERTANDINGAN:
-    Tiada

KECEDERAAN:
-          Tiada

PERALATAN:
-         Rope

PROGRAM BINAAN:
-          Tiada


ULASAN:
 -       Sesi latihan diadakan bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Latihan dikendalikan oleh Pembantu Jurulatih Persatuan, Cik Christylyn Leikon.  Jurulatih Cik Yvette Necolette Jeffrey dimaklumkan datang lambat kerana masalah kenderaan.

-          Kehadiran atlet hanya 6 Orang Little Gimnas. 

-          Latihan sesi petang bermula pukul 2.00 – 6.00 petang melibatkan atlet Gred 1, 2, 3 dan 4.


Gambar pemantauan disertakan:








Laporan disediakan oleh:-

Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri – Gimrama,
USPTN Sabah

Monday, August 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TENPIN BOLING, CPS BOWL CENTRE POINT, KOTA KINABALU

Tarikh    : 13 Ogos 2013 (Selasa)
Masa     : 5.30pm - 6.30pm 
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh
2. Elizabeth Michael
3. Munir Bin Ahmed
4. 5 atlet lelaki
5. 9 atlet wanita

LATIHAN:
-    Scoring

UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-     Sportexcel NSC/Milo - Sarawak Leg (15 - 16 Ogos 2013)
-     Sportexcel NSC/Milo - Sabah Leg (22 - 23 Ogos 2013)

KECEDERAAN:
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN:
-         1 Reactive Ball 
-     1 Spare Ball

PROGRAM BINAAN:
-       Tiada

ULASAN :
- Latihan Bermula pada jam 5:00 Petang - 7:00 Malam dan atlet yang terlibat adalah  6 wanita, 2 Lelaki dari Gred AAA dan 3 Wanita, 3 Lelaki dari Gred AA. Bil Lorong (lane) yang digunakan sebanyak 6 lorong. 

- Sesi latihan seperti biasa latihan, atlet-atlet bersedia untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang pada 15hb Ogos 2013 di Sarawak.

- Bil Atlet Pelapis adalah seramai 11 atlet lelaki dan 11 atlet wanita dan jumlah atlet pelapis adalah seramai 22 atlet terlibat dan 11 atlet lagi bukan dalam program Pelapis. Jumlah keseluruhan atlet Sabah ke Kejohanan Sarawak Leg seramai 33 atlet.

- Jurulatih yang akan terlibat semasa Kejohanan Sportexcel Sarawak Leg adalah Pn Elizabeth (JSM) dan En Gerard Demandan (JSM).

Disertakan gambar semasa pemantauan :



Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Tenpin Boling,
USPTN Sabah.

Tuesday, August 6, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN TERJUN

Tarikh    : 03 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa      : 9.00 – 10.30 Pagi
Tempat  : Dry Gym, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Encik James Sandayud
2. Cik Anjelica Simpul
3. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Husssein
4. 1(L)/1(W) –Senior
    1(L)/2 (W) – Atlet Baru


LATIHAN:

-          Gym
        Springboard, Trampoline,Platform (Lompatan Asas Depan & Belakang)

-           Kekuatan
         Bina kekuatan perut, tangan dan kaki

UJIAN
-    Tiada

PERTANDINGAN:
-    Tiada

KECEDERAAN:
-          Tiada

PERALATAN:
-         Springboard
-         Trampoline


PROGRAM BINAAN:
-          Tiada


ULASAN:
-  Sesi latihan diadakan bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 petang.  Latihan diadakan di ‘Dry Gym’

- Kehadiran atlet hanya 5 orang memandangkan yang lain sudah balik kampung.

- PPN memaklumkan kepada Encik James Sandayud dan Cik Anjelica untuk membuat persediaan awal Bengkel Pengurusan pada  11-13 September 2013.


Gambar pemantauan disertakan:








Laporan disediakan oleh:-

Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri – Terjun,
USPTN Sabah

Followers