Tuesday, September 24, 2013

PEMANTAUAN LATIHAN PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh    : 31 Ogos & 01 September 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa     : 10.30am - 1.30pm & 12.00pm - 1.30pm
Tempat  : Dewan Salleh Sulong, Papar

Kehadiran: 
1. Sahran Untai (JSM)
2. Munir B. Ahmed (SDO)
3. 13 Atlet Lelaki

LATIHAN:
-    Basic step 1,2 & 3 
-    Service Skill & Technique
-    Feeder Skill & Technique
-    Block Skill & Technique
-    Killer Skill & Technique
-    Mini Games & Competition
-    Endurance Training

UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-     Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan UiTM 

KECEDERAAN:
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN:
-          8 Biji Bola Takraw (sendiri)
-      Jaring (sendiri)

PROGRAM BINAAN:
-         Tiada

ULASAN:

- Pemantauan dilakukan semasa sesi latihan biasa dan pemilihan atlet bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan UiTM pada 11 hingga 15 September 2013 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

- Jurulatih menyatakan beberapa atlet telah digugurkan atas komitmen atlet yang jarang turun berlatih dan ada beberapa nama telah dimasukkan ke dalam program pelapis kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dan atlet dipilih semasa kejohanan Presiden yang lalu.

- Masalah lain adalah kekurangan kemudahan latihan dan peralatan. Cadangan lain mewujudkan satu pembantu jurulatih bagi sukan tertentu terutama sepak takraw, kerana semasa sesi melibatkan beberapa kumpulan (station). 

- Berkenaan latihan di Dewan Kem Lok Kawi iaitu pusat latihan asal belum dapat dijalankan. Pihak Majlis Daerah papar memaklumkan pihak kontraktor yang menjalankan penaikkan taraf dewan belum menyerahkan kepada pijak majlis. 

Disertakan gambar semasa pemantauan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Sepak Takraw,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers