Tuesday, February 3, 2015

Fwd: LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA - 1 / 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA - 1 / 2015

 
Tarikh            : 29 Januari 2015 (Rabu)
Masa             : 3.30 petang
Tempat          : Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
 
Kehadiran      :
                        1. Yvette Necolette Jeffrey            - JSM USPTN
                        2. 12 orang atlet                            
                                     
LATIHAN     :

-       Latihan LG-Ball
-       Ribbon

UJIAN            :
-       Tiada Ujian

PERTANDINGAN :
 
-      Tiada Pertandingan 

KECEDERAAN : 
-          Berlaku kecederaan ringan (luka) dan masih boleh dikawal
 
PERALATAN:
-          Tiada Peralatan

PROGRAM BINAAN:
-          Tiada Program Binaan 

ULASAN:

                 1.      Perjumpaan bersama atlet dan jurulatih untuk penyerahan tugas.
                 2.   Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran memuaskan.
                 3.   Berlaku sedikit kecederaan (luka) dan masih boleh dikawal.
                                  
Gambar pemantauan disertakan:

Mohd Safwan Bin Adiman 
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri 
SABAH. 


SABAH-LAPORAN PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK ARTISTIK-BIL 1/2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK - 1 / 2015

 
Tarikh              : 29 Januari 2015 (Rabu)
Masa               : 3.30 petang
Tempat            : Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
 
Kehadiran      :
                        1. Liew Tong Ee - JPM MSNS
                        2. 6 orang atlet                            
                                     
LATIHAN     :

-       Latihan asas

UJIAN            :
-       Tiada Ujian

PERTANDINGAN :
 
-      Tiada Pertandingan 

KECEDERAAN : 
-          Tiada Kecederaan
 
PERALATAN:
-          Tiada Peralatan

PROGRAM BINAAN:
-          Tiada Program Binaan 

ULASAN:

1. Perjumpaan bersama atlet dan jurulatih untuk penyerahan tugas.

2. Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran memuaskan. JSM USPTN tidak dapat hadir disebabkan komitmen kerja. 

3. Masalah peralatan yang belum selesai (peralatan rosak, bahagian syiling bangunan terdapat kebocoran dan retak), membahayakan keselamatan atlet dan pengguna lain.
 

                                 
Gambar pemantauan disertakan:

Mohd Safwan Bin Adiman 
Pegawai Pembangunan Negeri - Sukan Gimnastik  
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri 
SABAH. 


SABAH-LAPORAN PEMANTAUAN PLN MEMANAH (BIL 1/2015)

LAPORAN PEMANTAUAN PLN MEMANAH 1/2015.

 

SUKAN      :     MEMANAH

 

Tarikh        :     28.1.2015 (RABU)

Masa           :     4.15 PM

Tempat      :    LAPANG SASAR MEMANAH KOMPLEKS LIKAS KOTA KINABALU 

Kehadiran  :   4 ATLET 

  

LATIHAN

Tiada latihan dijalankan. Jurulatih bercuti(Jurulatih MSN Sabah-Encik Paul Leong 27-29 Januari 2014) 


Ulasan 

Lawatan bersama Puan Norhamamah Abdul Salam(SDO memanah 2014) di Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Memaklumkan kepada atlet terutama atlet yang baru.Jika tiada kehadiran jurulatih, atlet tidak digalakkan  menjalankan sesi latihan  untuk keselamatan.


--
Nelly Dimon @ Daimond
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah


SABAH-LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA- 1/2015

Laporan Pemantauan PLN Sukan Gimrama 1/2015

Tarikh:  7 Januari 2015
Masa:    8.30-10.15 Pagi
Tempat: Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

KEHADIRAN:
1. Cik Eriko Akabayeshi - JLN
2. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein -PPN
3. 9 orang Gimnas

LATIHAN:
1. Body techinique & Apparatus
2. Flexibility

ULASAN:
Kesinambungan daripada Klinik Sukan Gimrama 2/2014, latihan bersama dengan Cik Eriko diadakan bersama gimnas yang telah dipilih bagi persediaan MSSS dan MSSM 2015 dan juga persediaan SUKMA 2016.

Miss Eriko akan sentiasa datang melihat peningkatan prestasi dan melatih gimnas dari masa ke semasa.

Gambar pemantauan disertakan.

Laporan disediakan oleh:-


Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein,
Pegawai Pembangunan Negeri,
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.



Friday, December 19, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI SABAH 2014

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Inward Potential Sdn Bhd telah menganjurkan Kem Tahunan Pelapis Negeri Sabah 2014 pada 15hb-17hb Disember 2014 bertempat di Tambatuon Homestay, Kota Belud.

Sejumlah 34 orang Atlet Pelapis Negeri yang terdiri daripada Sukan Terjun, Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Sepak Takraw dan Tinju telah menyertai program ini dan dibantu Oleh 6 orang Pegawai daripada USPTN dan 5 orang trainers daripada Inward Potential Sdn Bhd yang diketuai oleh En Rosli Abdullah yang juga merupakan Pengarah Inward Potential Sdn Bhd.

Objektif program adakan membentuk jati diri dan semangat sepasukan dikalangan atlet.

Pengarah MSN Sabah (Encik Terrance Edward Pudin) ada membuat lawatan pada hari pertama program.

Sekian.

Tuesday, December 9, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2014

Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan Persekutuan Angkat Berat Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2014 bermula hari ini 9hb-11hb Disember 2014 bertempat di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu.

Sejumlah 97 orang peserta mengambil bahagian pada Kejohanan ini daripada seluruh negeri di Malaysia.

Majlis perasmian Kejohanan telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Turut hadir semasa perasmian En Ariffin Abdul Ghani, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, En Awang Besri (Wakil Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah) dan Datuk Ong Poh Eng (Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia).

Terima Kasih.

Monday, December 8, 2014

SABAH-LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TERJUN REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

Tarikh: 5 Disember 2014
Masa: 4.30-6.30 petang
Tempat: Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor.

Kehadiran:
1 Jurulatih
1 PPN
1 Atlet Lelaki, 3 Atlet Wanita

Latihan: 
Dive untuk kejohanan 1M dan 3M papan anjal. 
(Wanita Bawah 17 tahun)
-Nurain Nadzmi
-Nurfazriyanti Jali
-Norazlin Ramon
1M-101B, 201C, 301C, 403C, 5231D,103B, 203B,104D,104B
3M-103B, 201B, 301B, 403B, 5231D, 105B, 203B, 105B

(Lelaki Bawah 12 tahun)
-Julfaddli Jali
1M-101B, 201C, 301C, 401B, 5221D, 103B
3M-103B, 201C, 301C, 401B, 103B, 403B

Ulasan:
-Pasukan negeri Sabah bertolak pada 7.00 pagi dan tiba di Hotel Carlton Holiday pada pukul 3.00 petang.

-Mesyuarat pengurus pasukan diadakan pada pukul 4.00 petang. Seramai 37 penerjun menyertai pada kejohanan pada kali ini. Penyertaan negeri-negeri adalah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Sekian dan terima kasih.


Laporan oleh:

Intan Nazrina Ag Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.


Followers