Tuesday, December 9, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2014

Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan Persekutuan Angkat Berat Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2014 bermula hari ini 9hb-11hb Disember 2014 bertempat di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu.

Sejumlah 97 orang peserta mengambil bahagian pada Kejohanan ini daripada seluruh negeri di Malaysia.

Majlis perasmian Kejohanan telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Turut hadir semasa perasmian En Ariffin Abdul Ghani, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, En Awang Besri (Wakil Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah) dan Datuk Ong Poh Eng (Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia).

Terima Kasih.

No comments:

Followers