Friday, December 19, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI SABAH 2014

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dimaklumkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Inward Potential Sdn Bhd telah menganjurkan Kem Tahunan Pelapis Negeri Sabah 2014 pada 15hb-17hb Disember 2014 bertempat di Tambatuon Homestay, Kota Belud.

Sejumlah 34 orang Atlet Pelapis Negeri yang terdiri daripada Sukan Terjun, Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Sepak Takraw dan Tinju telah menyertai program ini dan dibantu Oleh 6 orang Pegawai daripada USPTN dan 5 orang trainers daripada Inward Potential Sdn Bhd yang diketuai oleh En Rosli Abdullah yang juga merupakan Pengarah Inward Potential Sdn Bhd.

Objektif program adakan membentuk jati diri dan semangat sepasukan dikalangan atlet.

Pengarah MSN Sabah (Encik Terrance Edward Pudin) ada membuat lawatan pada hari pertama program.

Sekian.

No comments:

Followers