Tuesday, August 5, 2014

LAPORAN TID SUKAN MENEMBAK 2014



LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK – 3 / 2014. MENGENAL PASTI BAKAT (TID) 

Tarikh            : 16.07.2014 (Rabu)
Masa              : 8.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat           : SMK Tansau & SMK Kinarut (2 Buah sekolah)   

Kehadiran      :
                        1. En. Munir Ahmad                                 -  PPN 
                        2. En. Guriaman                                       -  JSM USPTN 
                        3. 2 Orang pelajar praktikal MSNS
                        4. 571 Orang Pelajar  ( Wanita = 282 , Lelaki = 290 ) 
                                     
LATIHAN     :

Tiada Latihan      

UJIAN            :
-          Menilai cara pelajar memegang senjata (Rifle dan pistol) dan mengenalpasti ketetapan posisi badan semasa mengendalikan senjata.  

PERTANDINGAN :

-     Tiada Pertandingan  

KECEDERAAN : 
-          Tiada Kecederaan

PERALATAN:
-          Air Rifle
-     Air Pistol 

PROGRAM BINAAN:
-          Tiada Program Binaan

ULASAN:
1. Kehadiran pelajar seramai 571 orang untuk dua (2) buah sekolah, SMK. Tansau dan SMK.Kinarut. Hanya dua buah sekolah sahaja yang berkesempatan disebabkan masa sehari tidak mencukupi untuk 4 buah sekolah seperti yang dicadangkan. 2 orang pegawi USPTN, 1 orang jurulatih JSM USPTN, 2 orang pelajar praktikal MSNS, dan 1 orang pembantu jurulatih. 
     
2. Pecahan kehadiran pelajar bagi setiap sekolah, SMK Tansau, seramai 165 orang, 82 lelaki dan 83 wanita, dan jumlah pelajar yang layak lelaki 58 orang dan wanita 56 orang = 114. SMK Kinarut, seramai 406 orang, lelaki 207 dan wanita 199. Jumlah pelajar yang layak, lelaki 96 orang dan wanita 56 orang = 152.

3. Program bermula dengan sesi taklimat daripada PPN Menembak berkenaan program Pelapis dan diikuti taklimat daripada JSM Menembak. Setelah selesai taklimat sesi penilaian dijalankan. 
  
4.Cara penilaian adalah berdasarkan kebolehan pelajar mengendalikan senjata (Rifle dan Pistol) dan dinilai oleh jurulatih bersama pembantu jurulatih. Setiap pelajar berpeluang untuk dinilai dan jumlah pelajar yang terpilih untuk saringan pertama adalah seramai 266 orang (lelaki = 154, wanita = 112).  
   
5. Bagi pemilihan atlet untuk masuk ke dalam program USPTN, mereka perlu mengikuti 3 peringkat saringan iaitu saringan pertama, kedua dan seterusnya.   
6. Sepanjang program TID dijalankan, tiada sebarang masalah dilaporkan, cuma sedikit masalah kesihatan daripada En.Guriaman (JSM). Kerjasama dari pihak sekolah sangat memuaskan dan mereka mencadangkan untuk membuat program yang sama pada masa akan datang. 
         
Gambar pemantauan disertakan:

No comments:

Followers