Monday, August 25, 2014

Fwd: LIGA AKADEMI TUNAS SABAH DIBAWAH PROGRAM NATIONAL FOOTBALL DEVELOPMENT PROGRAMME (NFDP)

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Sukacita dimakalumkan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Unit Bola Sepak Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah telah menganjurkan Liga Akademi Tunas Sabah Bawah 10,11 dan 12 tahun.

Penganjuran liga ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan memberikan peluang pertandingan bola sepak kepada kanak-kanak dari peringkat akar umbi.

Berikut adalah keputusan Liga yang telah diadakan pada 24hb Ogos 2014 di Padang Sukma, Kompleks Sukan Kota Kinabalu :

Kategori Bawah 10 Tahun :

CFCSSS (6) vs TABS B (2)
Akademi Tunas Likas (18) vs TUMS (0)
Kidball (1) vs Akademi Tunas Muda (8)
Sporting (1) vs SAFA Putatan (3)
Akademi Tunas (3) vs Star 1 (0)
TABS A (1) vs Malawa (12)


Kategori Bawah 11 Tahun:

Sporting (5) vs Tabs A (0)
Akademi Tunas Likas (5) vs Kepayan (1)
Akademi Tunas II (6) vs CFCSSS (1)
Kidball (1) vs Star (0)
SAFA Putatan (2) vs TUMS (0)
TABS B (2) vs Malawa (6)

Laporan oleh Encik Osmera Omaro, Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN).


--
Mohd Rezwan Osman
Ketua Unit,
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.

No comments:

Followers