Thursday, October 27, 2011

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS DAERAH SANDAKAN

Seperti yang telah dirancangkan, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTNS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu telah menganjurkan program Ujian Kecergasan Atlet dibawah Program Pelapis Negeri di Daerah Sandakan pada 21hb-23hb Oktober 2011 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.

Antara tujuan program ini adalah :

1. Mewujudkan portfolio atlet-atlet USPTN sebagai rujukan di masa akan datang.

2.Menilai tahap kecergasan  fizikal semasa atlet dibawah Program Pelapis, Unit Sukan  Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN).

3. Membantu  jurulatih membina program latihan secara individu yang bersesuaian dengan tahap kecergasan atlet.

4. Memberi pendedahan kepada atlet mengenai aspek Sains Sukan terutamanya aspek Fisiologi Senam.

Seramai 43 orang atlet telah terlibat dalam program ini daripada sukan Artistik , Olahraga, Tenpin Boling, Tinju dan Badminton.

Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :

1. Counter Movement Jump
2. Squat Jump
3. Standing Broad Jump
4. Standing Height
5. Sitting Height
6. Arm Span
7. Skinfold
8. Girth
9. Hexagon Jump
10. 1 Minute Situps
11. Max Pushups
12. Medicine Ball Throw
13. Overhead Throw
14. Basketball Throw
15. Sit & Reach
16. 20 meter shuttle run

Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah telibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.









No comments:

Followers