Monday, October 17, 2011

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS DAERAH TAMBUNAN

Seperti yang telah dirancang, USPTN Sabah dengan kerjasama MSN Negeri Sabah & Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu telah melaksanakan program Ujian Kecergasan Atlet Pelapis di Daerah Tambunan bagi Pusat Latihan Angkat Berat, Olahraga & Berbasikal.

Program ini diadakan bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal semasa atlet dibawah Program Pelapis Negeri dan membantu jurulatih membina program latihan secara individu yang bersesuaian dengan tahap kecergasan atlet dan memberikan pendedahan kepada atlet mengenai aspek Sains Sukan.

Jumlah keseluruhan atlet yang telah menghadiri program ini seramai 43 orang iaitu Angkat Berat- 12 orang , Berbasikal - 24 orang dan Olahraga- 7 orang.

Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang bertempat di Gelanggang Futsal, Kompleks Sukan Tambunan.

Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

1. Ujian Anthropometric.
2. Ujian Fleksibiliti.
3. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.
4. Ujian Daya Tahan Otot.
5. Ujian Standing Jump.
6. Ujian Vertical Jump.

Kesemua ujian-ujian ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu seramai 8 orang dengan dibantu oleh pegawai USPTN Sabah dan pelajar praktikal.

Keputusan rasmi Ujian ini akan diserahkan kepada jurulatih untuk tindakan selanjutnya.









No comments:

Followers