Tuesday, November 8, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN MENEMBAK - 29 OKTOBER 2011

Tarikh : 29 Oktober 2011
Masa : 2.30 petang -
Tempat : Lapang Sasar Menembak, Lokkawi.
Kehadiran : 13 orang
Jurulatih : Cassandra Eva (JSMP)


1) Sesi pemantauan latihan menembak telah diadakan pada hari Sabtu (29 Oktober 2011). Semasa pemantauan, kelihatan atlet-atlet sedang berlatih iaitu latihan 10M Rifle bagi atlet senior dan 10M Pistol bagi atlet baru.

2) Jurulatih memaklumkan yang beliau telah mengurangkan peluru untuk latihan setiap atlet untuk menampung latihan semua atlet.

3) Jurulatih juga memaklumkan permit masih dalam proses pihak PDRM Sabah. Kelewatan mendapat kelulusan menyebabkan bantuan peluru daripada MSNM tidak dapat dihantar.

4) Saya telah memaklumkan, pihak Cawangan Pelapis akan memberikan bantuan Jaket & Aksesori menembak.








Laporan disediakan oleh :
Ketua Unit,
USPTN Sabah

No comments:

Followers