Saturday, November 8, 2014

Fwd: LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014- HARI PERTAMA


Salam,

Seramai 1 orang pegawai dan 4 orang atlet Pelapis Negeri Sabah ( 2 lelaki, 2 wanita ) terpilih ke kem tersebut.

Semua atlet dan pegawai bertolak pda 6.05am dan sampai di KLIA pada 8.30am. Terus bertolak ke hotel untuk pendaftran hotel.

Sesi petang bermula jam 3.00 petang dengan taklimat kem, sesi suai kenal dan klinik memanah ( Basic Shooting Technique ) oleh Jurulatih En Marbawi. Jumlah kekuatan kem atlet adalah 17 lelaki 16 wanita dan pegawai 3 lelaki dan 2 wanita.

Sesi malam bermula pada jam 8.00 malam untuk sesi ice Breaking. Sesi ini bertujuan untuk atlet faham akan konsep kerjasama dan disiplin.

Hari pertama Kem Bakat Memanah selesai jam 9.30 malam. Semua peralatan eletronik ( handphone ) di kumpul untuk mengelakkn atlet tidor lewat.


Laporan disediakan oleh:

Norhamamah Abdul Salam,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Memanah,
USPTN SABAH.


Friday, November 7, 2014

Laporan Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis Negeri 2/2014 Hari Kelima, 7 Nov 2014


Salam Tuan/Puan,

Program hari kelima yang juga hari terakhir kem dijalankan.

-Sarapan pagi seawal 8.00 pagi.

-Sesi atlet bersama jurulatih, atlet, pengurus dan PPN pada pukul 9.00 pagi. Jurulatih Pelapis Kebangsaan dan Jurulatih Sepenuh Masa  Negeri Selangor memaklumkan terdapat peningkatan prestasi atlet jika dibandingkan dengan kem yang lepas.

-Pasukan negeri Sabah dan Sarawak bertolak ke KLIA pada pukul 12.00 tengahari. Penerbangan pasukan negeri Sabah pada 6.05 petang dan dijangka tiba di Kota Kinabalu pada pukul 8.40 malam.

Sekian. 




Sent from Samsung tablet

Laporan disediakan oleh:

Cik Intan Nazrina Bt Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri- Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

Laporan Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis Negeri 2/2014-Hari Keempat, 6 Nov 2014


Salam Tuan/Puan,

Aktiviti/Program pada hari ke-4;-

-Sesi Pagi latihan 'dry land' dan kolam.

-Pada pukul 4.30 petang Mini Kejohanan.

-Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah berlangsung pada pukul 8.30 malam.

-Penerjun dari Sabah Nurul Najihah Alisa Bt. Muhammad Ali me dapat tempat ketiga bagi acara 3m Papan Anjal dengam markah  81.5 (Keputusan penuh akan diemailkan oleh Cik Nency Eve).

Sekian.


Sent from Samsung tablet

Laporan disediakan oleh:

Cik Intan Nazrina Bt Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

Thursday, November 6, 2014

Laporan Kem Bakat Terjun Program Pelapis Negeri 2/2014-Hari Ketiga, 5 Nov 2014


Salam Tuan/Puan, 

Program hari ketiga bermula pada 8.00 pagi sesi latihan 'dry land' dan kolam.

Selepas makan tengahari/rehat, latihan disambung pada  pukul 3.00 petang hingga 6.30 petang

Program malam bermula pada 8.00 malam, sesi bersama dengan ikon sukan terjun- Bryan Nickson Lomas.

Pada pukul 9.15 malam, persediaan persembahan atlet untuk Majlis Makan Malam pada 6 November 2014.

Sekian.


Laporan disediakan oleh:

Intan Nazrina Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

Fwd: Laporan Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis Negeri 2/2014-Hari Kedua, 4 Nov 2014


Salam Tuan/Puan, 

Program hari kedua bermula pukul 8.30 pagi, Ujian Kecergasan yang diakan di Centre Court, Kompleks Sukan Paroi.Di antara ujian yang dijalankan:-
1.  Antropometrik -Berat Badan, Tinggi, Tinggi Duduk dan Panjang Depa.
2.  Kuasa - Lompat Jauh Berdiri dan Lompat Menegak.
3.  Kepantasan - 20 meter Lari Pecut.
4.  Kelenturan- Depth Of Slope dan Split
5.  Kekuatan - Tekan Tubi dan 1 Minit Bangkit Tubi

Sesi petang diteruskan dengan latihan dry land dan kolam bermula pukul 3.30 petang.

Sesi malam, sesi psikologi oleh Dr. Mazlan B. Ismail bermula pada pukul 8.00 malam.

Sekian 


Laporan disediakan oleh:

Intan Nazrina Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri- Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

Wednesday, November 5, 2014

SABAH-LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK-RENANG 4.11.2014

LAPORAN PEMANTAUAN


SUKAN          :  AKUATIK -RENANG

Tarikh            :  4.11.2014 (SELASA)

Masa              :   5.00PM

Tempat          :   PUSAT AKUATIK KOMPLEKS SUKAN LIKAS                                    KOTA  KINABALU

 

Kehadiran      :   1 Jurulatih Encik Vachel Voon(JSM USPTN)  

                          1 Jurulatih (Puan Tie Mee Kiong-Msn)

                        23 Atlet                           

LATIHAN


1) Warm Up 300IM/RSM 400m(50IM 25MR 25MSW) =700M

2) 4X(2X250M IM + 500mFr)
    (25mfly.75mbk.75mbr.75mFr)  =4000M
                EASY 200                 = 200M


3) SPT 4x25mF25mE(2fly2FR)=200M
              EASY                      =300M

Total = 5,400 Meter


PERTANDINGAN:

-

PERALATAN:

-

PROGRAM BINAAN:

-


Ulasan

1) Latihan berjalan dengan lancar, tiada kecederaan atlet. Atlet yang terlibat dengan SPM akan mula latihan selepas peperiksaan SPM.

2) Perbincangan bersama jurulatih berkenaan penyertaan jurulatih ke Bengkel Pelarasan Jurulatih (JSM/JPM-USPTN) anjuran Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara pada 18-21 November 2014 di Pearl International Hotel Kuala Lumpur.

- Jurulatih Encik Vachel Voon mengesahkan kehadiran ke bengkel tersebut.

Sekian terima kasih.


--
Nelly Dimon @ Daimond
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah


PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK

SUKAN : ARTISTIK

Tarikh : 3  NOVEMBER 2014
Masa : 8.00PM
Tempat : DEWAN GYMNASTIK, KOMPLEKS SUKAN LIKAS

KEHADIRAN : 

6 LELAKI

9 WANITA

LATIHAN:

- SIT UP, PULL UP, PUSH UP, BACK UP

- HANDSPRING FRONT, TWIST

UJIAN:

PERTANDINGAN:

- KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON AKHIR 2014

KECEDERAAN:

-TIADA KECEDERAAN.

PERALATAN:

-

ULASAN:

- PERBINCANGAN BERSAMA TIM PRESIDEN PERSATUAN GIMNASTIK DAN JSM CIKGU NORAINI MENGENAI PERSIAPAN AKHIR KE KEJOHANAN GRANDFINAL

- BEBERAPA ISU DITIMBULKAN MENGENAI PENGGUNAAN PERALATAN OLEH GIMNAS DARI KELAB LUAR DAN JADUAL LATIHAN SAMA DENGAN JADUAL LATIHAN ATLET PELAPIS PADA SESI MALAM.

- PERKARA INI AKAN DIBINCANGKAN PADA MESYUARAT JKK 02/2014 PADA 5 NOV 2014.


Laporan disediakan oleh:

Norhamamah Abdul Salam,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Gimnastik Artistik,
USPTN Sabah.

Followers