Wednesday, September 25, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN MERDEKA DAY REGATTA 2013

Tarikh    : 31 Ogos (Sabtu) dan 1 September 2013 (Ahad)
Masa      : 10.00 pagi – 2 petang dan 2 petang – 6.00 petang
Tempat  : Kinabalu Yacht Club

Kehadiran: 
1. Tuan Haji Ahmad Yusoff Bin Said (JPM MSN Sabah)
2. Encik Zainal Bin Madi (JSM)
3. Puan Shoon Yun Chin (JSM)
4. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Hussein (PPN)
5. 11(L)/6(W) – Optimist
    2(L) – Laser 4.7
    1(L)/1(W) – Laser Radial
    2(W) – Int. 420


KEPUTUSAN/PENCAPAIAN:

Bil
Nama
Acara
Prestasi
1.
Zifah Zairie Hardy
Optimist Div A
Overall 2/72
2.
Nornaelah Binti Norhassan
Optimist Div A
Overall 14/72
3.
Muhammad Afiq
Optimist Div B
Overall 15/72
4.
Nur Aisah Bte Rose Ramlee
Optimist Div B
Overall 18/72
5.
Norshahirah Abdullah
Optimist Div A
Overall 30/72
6.
Mohd Zahimulhakim
Optimist Div A
Overall 32/72
7.
Awang Hazirul B. Awang Tuah
Optimist Div A
Overall 38/72
8.
Afwan Bin Amir Harun
Optimist Div A
Overall 40/72
9.
Gabrielle Grace Yong
Optimist Div B
Overall 43/72
10.
Muhammad Sufi Miraj B. Salim
Optimist Div B
Overall 44/72
11.
Mohd Azmi Bin Mohd Khamis
Optimist Div C
Overall 48/72
12.
Dayang Nur Erhaziqah Hanini
Optimist Div B
Overall 49/72
13.
Muhd Hafizal B. Zailani
Optimist Div A
Overall 51/72
14.
Samuel Wong
Optimist Div B
Oveall 53/72
15.
Syahzharoul Aiman
Optimist Div C
Overall 56/72
16.
Afif Danish B. Momin
Optimist Div C
Overall 66/72
17.
Nur Syuhada Bt. Mohd Nashrul
Optimist Div C
Overall 68/72
18.
Brian Chow Zheng Han
Laser 4.7
Overall 4/12
19.
Brandon Sung
Laser 4.7
Overall 7/12
20.
Vedhavalli Grant
Laser Radial
Overall 6/13
21.
Ganesha Grant
Laser Radial
Overall 11/13
22.
Nicole Chan & Connie Tsen
Int. 420
Overall 1/6
  • Warna kuning atlet SUKMA 2014.

ULASAN:

-           Kejohanan bermula pada 30 Ogos 2013.  Sebanyak 19 pasukan menyertai kejohanan pada kali ini:

1.      Sandakan Yacht Club (SYC)
2.      Kinabalu Yacht Club (KYC)
3.      Tawau Yacht Club (TYC)
4.      Sabah Sailing Association (SAILA)
5.      Navy Yacht Club (NYC, KK)
6.      TLDM Lumut
7.      Labuan Sailing Association
8.      Perak (MSN/PPLNP)
9.      Kedah (KSA)
10.  Selangor
11.  Terengganu (Tessa)
12.  Perlis
13.  Negeri Sembilan (Nessa)
14.  Melaka
15.  Johor
16.  Penang (PSC)
17.  WPKL
18.  Singapore Sailing Federation (LSC)
19.  PPLPD Kepri, Indonesia

-          Jumlah penyertaan mengikut Acara :

1.       Optimist              - 72 Orang
2.      Laser Radial        -  13 Orang
3.      Laser Standard    -  7 Orang
4.      Int. 470                 -  7 Orang
5.      Int. 420                 -  6 Orang
6.      Laser 4.7              -  16 Orang
7.      Novice                  -  12 Orang

-          Presiden Persatuan Pelayar Sabah, Encik Christopher Chin telah menyampaikan peralatan 2 unit  Laser 4.7, 2 unit Olympic Optimist Sail dan 1 Unit Lower Bar kepada Encik Lim Kin Hock mewakili Sandakan Yacht Club pada 30 Ogos 2013 di Boathouse.

-          Bantuan peralatan adalah daripada Majlis Sukan Negeri Sabah.

Disertakan gambar semasa pemantauan :



Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Bte Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Pelayaran,
USPTN Sabah.

Tuesday, September 24, 2013

PEMANTAUAN PLN TERJUN

Tarikh    : 26 Ogos 2013 (Isnin)
Masa      : 4.00 – 5.30 Petang
Tempat  : Dry Gym, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1. Encik James Sandayud
2. Encik Khairul Safwan Bin Mansur
3. Cik Intan Nazrina Binti Ag. Mohd Husssein
3. 4(L)/5(W) –Senior
    1(L)/1 (W) – Atlet Baru


LATIHAN:
-          Sesi Pemanasan badan
-           Riadah (Bermain Bola)
          
UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-    Tiada

KECEDERAAN:
-          Tiada

PERALATAN:
 -           Bola

PROGRAM BINAAN:
-          Tiada


ULASAN:

-    Sesi  pemanasan badan dan riadah diadakan pada 4.00 – 5.30 petang.  Sebelumnya jamuan hari raya  turut diadakan.

-      PPN memaklumkan bahawa Kejohanan Sirkit Pelapis akan diadakan pada hujung bulan September; di minta jurulatih untuk membuat persediaan daripada segi latihan untuk kejohanan yang akan disertai.

-          PPN mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada atlet yang akan menghadapi peperiksaan tersebut pada 10-12 September 2013.


Disertakan gambar semasa pemantauan :






Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Nazrina Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

PEMANTAUAN LATIHAN PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh    : 31 Ogos & 01 September 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa     : 10.30am - 1.30pm & 12.00pm - 1.30pm
Tempat  : Dewan Salleh Sulong, Papar

Kehadiran: 
1. Sahran Untai (JSM)
2. Munir B. Ahmed (SDO)
3. 13 Atlet Lelaki

LATIHAN:
-    Basic step 1,2 & 3 
-    Service Skill & Technique
-    Feeder Skill & Technique
-    Block Skill & Technique
-    Killer Skill & Technique
-    Mini Games & Competition
-    Endurance Training

UJIAN:
-          Tiada

PERTANDINGAN:
-     Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan UiTM 

KECEDERAAN:
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN:
-          8 Biji Bola Takraw (sendiri)
-      Jaring (sendiri)

PROGRAM BINAAN:
-         Tiada

ULASAN:

- Pemantauan dilakukan semasa sesi latihan biasa dan pemilihan atlet bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan UiTM pada 11 hingga 15 September 2013 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

- Jurulatih menyatakan beberapa atlet telah digugurkan atas komitmen atlet yang jarang turun berlatih dan ada beberapa nama telah dimasukkan ke dalam program pelapis kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dan atlet dipilih semasa kejohanan Presiden yang lalu.

- Masalah lain adalah kekurangan kemudahan latihan dan peralatan. Cadangan lain mewujudkan satu pembantu jurulatih bagi sukan tertentu terutama sepak takraw, kerana semasa sesi melibatkan beberapa kumpulan (station). 

- Berkenaan latihan di Dewan Kem Lok Kawi iaitu pusat latihan asal belum dapat dijalankan. Pihak Majlis Daerah papar memaklumkan pihak kontraktor yang menjalankan penaikkan taraf dewan belum menyerahkan kepada pijak majlis. 

Disertakan gambar semasa pemantauan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Sepak Takraw,
USPTN Sabah.

Monday, September 2, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN BERBASIKAL - INDIVIDUAL TIME TRIAL (ITT) KE-4, 2013

Tarikh    :  24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa     : 10.00am – 11.30am
Tempat  : Jalan Tuaran, Area Kelapa Bakar, Tuaran.

Kehadiran:
1.    Jatin Imat (Jurulatih)
2.   Abdul Latif Ibrahim (Jurulatih)
3.   Munir Ahmed (SDO)
4.   21 Atlet Lelaki
5.   2 Atlet Wanita

 UJIAN  
-   Individual Time Trial (ITT)

PERTANDINGAN
-       Tiada

KECEDERAAN
-          Tiada Kecederaan Berlaku

PERALATAN
-          Road Bike
-     Mountain Bike 

KEPUTUSAN ITT:

Acara Wanita (18 Tahun)
1. Aini Suhaina                        – 53’22”810, point – 1 (penurunan) 
2. Noor Farah Tajuddin              – 1'00’59”541 point – 2 (peningkatan)

Acara Lelaki (15 Tahun)
1. Ryan Danielson (KK)                    – 45’48”607,  Pertama (peningkatan)
2. Mike Melson (Keningau)               – 48’54”482,  ke-2 (peningkatan)
3. Nick Mexcenzzy   (KK)                 – 47’02”488,  ke-3 (penurunan)

Acara Lelaki (18 Tahun)
1. Liew Chun Hien (Keningau)            – 39’01”655,  Pertama (peningkatan)
2. Hannan Aririe Abdul Latif  (KK)       – 40’29”014,  ke-2 (peningkatan)
3. Joe Fabio   (KK)                            – 42’23”603,  ke-3 (penurunan)

ULASAN :
-Ujian ITT ini adalah kali keempat yang diadakan semula di daerah Tuaran bagi Pusingan kedua ITT tahun ini bagi menilai semula tahap/prestasi atlet berbanding pusingan pertama.

-Jarak ujian ini sekitar 25KM dan turut bersama memerhatikan program ini ialah En. Saiful daripada pasukan Kobusa, Sarawak (Tour of Borneo) yang turut bersama di dalam menyampaikan hadiah kepada pemenang.

-Ujian pada kali ini menunjukkan ada kemerosotan kehadiran 17 atlet dan kengkangan utama adalah bayaran pengangkutan yang sedikit sebanyak membebankan mereka dan ada  4 atlet menyertai kejohanan BMX di Ayer Keroh Melaka bersama Cik Britney Adlynne.

-Ujian ITT Pusingan Kedua yang bakal dilangsungkan mengikut daerah adalah seperti berikut:-
1. Keningau – 26 Oktober 2013
2. Membakut – 14 Disember 2013

Disertakan gambar semasa program ITT/pemantauan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Berbasikal,
USPTN Sabah.

LAPORAN KEJOHANAN TENPIN BOLING SPORTEXCEL-NSC-MILO-SABAH LEG 2013

Tarikh    : 22 & 23 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
Masa     : 8.00am - 6.30pm 
Tempat  : CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Kehadiran: 
1. Ricky Loh Yew Moh (KK)
2. Elizabeth Michael (KK)
3. Gerald Jemandan (KK)
4. Alexander @ Listi Kual (SDK)
4. Munir Bin Ahmed
5. 30 atlet wanita 
6. 28 atlet lelaki
7. Pn. Nelly Daimond (Urusetia)
8. Pn. Ratimah Undak (Urusetia)

LATIHAN
-    Tiada 

UJIAN
-          Tiada

PERTANDINGAN
-     Sportexcel NSC/Milo - Sabah Leg (22 - 23 Ogos 2013)

KECEDERAAN
-           Beberapa atlet dari Sarawak mengalami kecederaan pada jari,
-       1 Atlet Sarawak menarik diri akibat kecederaan jari.

PERALATAN
-         1 Reactive Ball 
-     1 Spare Ball

PROGRAM BINAAN
-       Tiada

ULASAN
-Kejohanan disertai seramai 113 orang atlet dari Sabah dan Sarawak dengan pecahan seramai 58 atlet Sabah dan 54 atlet Sarawak pada tahun ini. Seramai 14 Atlet tidak hadir dan menarik diri pada saat akhir.

-Atlet Sandakan yang terlibat dalam Sabah Leg adalah Seramai 8 atlet wanita dan 8 atlet lelaki.
Urusetia keputusan kejohanan dan para teknikal dibantu oleh kakitangan USPTN dan kakitangan CPS Bowl seramai 12 orang lane marshall dan teknikal.

-Secara keseluruhan, Kejohanan Sabah leg dikuasai oleh atlet-atlet Sabah dan setiap acara johan dan naib johan adalah atlet-atlet sabah.

-Ada Beberapa atlet Sabah tidak dapat masuk ke GP akhir atas perbezaan mata akhir di mana ada atlet  mendapat tempat terbaik di Sabah Leg tetapi beliau tidak menyertai Sarawak Leg dan atlet yang menyertai Sarawak Leg dan mendapat mata tetapi pencapaian Sabah leg tidak memuaskan menyebabkan beberapa atlet tercicir daripada senarai ke GP akhir.

-Bersama dengan ini desertakan senarai nama atlet yang akan ke Kejohanan Akhir Sportexcel yang pada 14-15 September:

1. Megan Tatiana Calary
2. Shasha Ameera Puteri Shahrom
3. Sushanor A/L Sihanor
4. Amanda Than Yin Xin
5. Syarifah Nadia Bte Ali Hassan
6. Alexandria Edith John

Disertakan gambar sepanjang kejohanan :




Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri- Sukan Tenpin Boling,
USPTN Sabah.

Followers