Tuesday, August 16, 2011

SELAMAT MAJU JAYA - LORO WELKINSON & BAYREY BARRY ENGELBERT

3 orang Atlet Angkat Berat Pelapis Negeri Sabah telah menerima tawaran untuk mengikuti Program Pelapis Serantau di Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) di Johor dan Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) di Pulau Pinang.

1.  Bayrey Barry Engelbert - Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS), Johor.
2.  Loro Welkinson - Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS), Johor.
3.  Calixtus Daunis - Akademi Serantau Zon Utara (ASZU), Pulau Pinang.

 SLEAMAT MAJU JAYA.

BAYREY BARRY & LORO WELKINSON
yang telah selamat tiba di Akademi Serantau Zon Utara, Johor.

Monday, August 8, 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG - USPTN SABAH

Sukacita dipelawa Warganegara Malaysia (LELAKI SAHAJA) yang mempunyai kelayakan berkaitan dan berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon jawatan berikut :-


            JAWATAN                              : PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

            GRED                                      : S27

            KUMPULAN                           : SOKONGAN 1

            SKIM                                       : PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

            TARAF PERKHIDMATAN     : KONTRAK


             
Syarat Lantikan:

·         Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang di iktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


·         lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan sukan].


Cara Memohon:

§  Permohonan hendaklah dibuat menghantar permohonan rasmi disertakan dengan resume dan sijil-sijil yang berkaitan kepada :-

Pengarah,
Majlis Sukan Negeri Sabah,
Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS,
88999, Kota Kinabalu, Sabah.
(U.P : Ketua Unit, USPTN Sabah)


§  Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Ogos 2011 (Jumaat).

Catitan Am:

§  Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

§  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah mengganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Tuesday, July 26, 2011

KEJOHANAN TINJU SELURUH SABAH KE 57 PIALA MAYOR KOTA KINABALU.

Kejohanan Tinju Seluruh Sabah Kali Ke 57 PIala Mayor Kota Kinabalu telah berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada 21 - 24 Julai 2011. Sebanyak 10 daerah telah menyertai kejohanan tersebut dan 50 peninju telah mengambil bahagian.

4 orang atlet Pelapis telah mewakili daerah Sandakan Saharin Bahrin, Sahari Bahrim, Mohamad Hanif Sani dan Rodan seorang mewakili daerah Tawau. Saharin Bahrin memenangi Emas dalam acara 64kg selepas menewaskan peninju dari Nabawan. Sahari Bahrin memenangi Emas dalam acara 64 kg dan Mohd Hanif Sani memenangi perak tewas kepada Faizanizan Kusin dalam acara 49kg. Faizanizan Kusin telah memenangi pingat Emas.



Johan keseleruhan dimenangi oleh Daerah Tawau, tempat kedua Daerah Keningau dan Daerah Sandakan di tempat ketiga dengan sembilan mata.

Wednesday, July 20, 2011

PEMANTAUAN PLN BOLING PADANG

Tarikh : 11 Julai 2011 ( 4.30 pm)
Tempat ; Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Jurulatih : Affendi Tan Abdullah (JSM)
Kehadiran : 9 orang

1. Latihan berjalan seperti biasa untuk sesi petang. Walaubagaimanapun, kehadiran kurang sedikit disebabkan atlet terlibat dengan tusyen dan aktiviti sekolah.

2. JSM memaklumkan seramai 12  atlet akan menyertai Kejohanan Single & Pairs Kebangsaan 2011 pada 23-28 Julai 2011. Walaubagaimanapun penyertaan ini masih bergantung kepada kebenaran ibu bapa atlet disebabkan ramai atlet terlibat dengan peperiksaan PMR & SPM.

3. Seorang atlet (Mohd Hairi Hamzah) telah mendapat tawaran kerja di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cawangan Sepanggar, Sabah.






PEMANTAUAN- PLN GIMNASTIK (ARTISTIK)

Tarikh : 11 Julai 2011
Masa : 6.30 pm
Tempat : Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Jurulatih : Liew Tong Ee (JSM) , Lee Yi Horng (JSM), Liu Tao (JLN-MSNS)

1. Latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran atlet seramai 9 orang.
2. Latihan juga dibantu oleh JLN dari China (Liu Tao). Beliau memaklumkan atlet menunjukkan peningkatan bagi setiap program latihan yang diberikan.
3. JSM ( Liew Tong Ee) memaklumkan seramai 6 orang atlet akan menyertai Kej Sportexcel pada hujung bulan Julai termasuk atlet daripada PLN Sandakan.
4. Atlet juga tidak menghadapi masalah dengan teknik latihan yang diberikan oleh JLN.






PEMANTAUAN PLN BADMINTON

Tarikh : 11 Julai 2011 ( 5.30 pm)
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Kehadiran : 15 orang
Jurulatih : Steven Joker (JPM), Anastacia Amanda (JSM), Yapp su Chew (JPM-MSNS)

1. Latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran pemain memuaskan.
2. JPM (Steven Joker) melatih pemain-pemain senior manakala JSM (Anastacia) melatih pemain junior (U12). Latihan juga dibantu oleh JPM-MSNS (Yapp Su Chew)
3. JPM memaklumkan seramai 9 orang pemain akan menyertai Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah pada 13-16 Julai 2011.
4. JPM juga ada memaklumkan mengenai prestasi pemain yang menunjukkan peningkatan pada Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Antara Negeri yang lalu d Pulau Pinang. JPM juga ada memaklumkan 2 orang pemain berkemungkinan akan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.








Thursday, June 30, 2011

KLINIK PERAHU LAYAR

Program:  Klinik Perahu Layar
Tarikh:  31 Mei hingga 06 Jun 2011
Venue:  Kinabalu Yacht Club, Kota Kinabalu


Kategori Penyertaan:-
1.  Optimist
2.  Laser


Maklumat Penyertaan:-
 
BIL
DAERAH
BILANGAN PESERTA

OPTIMIST
LASER 4.7
LASER RADIAL
1.
KOTA KINABALU

21
3
1
2.
SANDAKAN

11
2
0
3.
TAWAU

5
1
3
4.
NAVY

-
-
7
JUMLAH
37
6
11



 Jurulatih yang terlibat:-
1.  Tuan Haji Ahmad Yusoff Bin Said (Jurulatih Majlis Sukan Negeri Sabah)
2.  Encik Zainal Bin Madi (JSM USPTN Sabah)
3.  Encik Christopher Chin (JSM USPTN Sabah)
4.  Puan Shoon Yun Chin (JSM USPTN Sabah)


Persatuan Pelayar Sabah telah mengelolakan klinik pelayaran kepada semua peserta di negeri Sabah.  Klinik Perahu Layar ini telah berjaya mengumpul 54 orang pelayar dan ini merupakan penyertaan terbesar meliputi daerah Kota Kinabalu, daerah Sandakan dan daerah Tawau.  Klinik Perahu Layar 2011 Persatuan Pelayar Sabah telah menjemput Pelayar Kebangsaan (Laser) iaitu  Encik Romzi yang telah membantu dalam urusan kejurulatihan peserta klinik laser.


Selama 7 hari klinik ini dikelolakan dan para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti bermula dengan kecergasan hingga kepada teknikal laut yang dikendalikan oleh jurulatih USPTN Sabah dan Encik Romzi.


USPTN Sabah dan Persatuan Pelayar Negeri Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program Klinik Perahu Layar ini.  Sehubungan dengan itu diharapkan agar jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.



 
 
 





Followers