Wednesday, August 24, 2011

LAPORAN LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT KE SEKOLAH TERPILIH UNTUK PROMOSI SUKAN ANGKAT BERAT PADA 18HB OGOS 2011 DI SMK DESA WAWASAN DAERAH TAMBUNAN


TARIKH                :               18HB OGOS 2011
MASA                   :               10.00PAGI -12.00PAGI
TEMPAT               :               SMK DESA WAWASAN TAMBUNAN
SASARAN            :               PELAJAR TINGKATAN 1 & 2 ( 40 ORANG TERLIBAT)
               OBJEKTIF         :                              
1)  Memperluaskan tapak penyertaan atlet-atlet berbakat dan memberi bimbingan serta latihan yang sistematik, saintifik dan berkesinambungan.
2)   Mempromosikan sukan angkat berat kepada pelajar berumur 13 &14 tahun untuk diserap ke program Pelapis Angkat Berat
3) Menjalinkan hubungan kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Sabah dan  Jabatan Pelajaran  Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Pengetua Sekolah ,Persatuan Angkat Berat dan pihak lain yang terlibat.
KEHADIRAN
BIL
NAMA
JABATAN
CATATAN
1
Ruji sompong

Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu
Ketua Rombongan/Wakil Pengarah
2
Nelly  Binti Dimon @ Daimond
                      
Majlis Sukan Negeri/Usptn
Juruacara/Penceramah Sesi 1-Halatuju Atlet Pelapis Angkat Berat Sabah
3
Melissa Andrew
Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu
Penceramah Sesi 2-Pengenalan Sains Sukan
4
Sarah Inggi
Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu
Penceramah Sesi 3- Psikologi Sukan
5
Mohd Fadhli Md Yusop
Pusat Satelit Isn Kota Kinabalu
Penceramah Sesi 4- Suaian Fizikal
6
Bell Yasoi
Setiausaha Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah
Penceramah Sesi 5- Pengenalan Sukan Angkat Berat
7
Denis Otigil

Pengerusi Persatuan Angkat Berat Daerah Tambunan

Penyelaras Program
8
Nicholas Wong
Jurulatih Sepenuh Masa (Usptn)
Pengangkutan Peralatan Angkat Berat/Demonstrasi
9
Stephene Gampion
Jurulatih Sepenuh Masa(Msn Negeri)
Peralatan /Demonstrasi

10
Lawrence Bell
Jurulatih Sepenuh Masa(Msn Negeri)
Peralatan /Demonstrasi
11
Cornelius Pawon
Jurulatih Sambilan(Usptn)
Peralatan /Demonstrasi
12
Fredoline Bell
Jurulatih Sambilan(Usptn)
Peralatan /Demonstrasi
13
Callixtus Daunis
Atlet Angkat Berat (Pelapis Negeri)
Demonstrasi
14
Fessy Filex
Atlet Angkat Berat (Pelapis Negeri)
Demonstrasi


PROGRAM
1)      Ucapan Wakil Pengarah/Ketua Rombong
2)      Penyampaian Cenderahati
3)      Sesi 1-  Halatuju Atlet Dibawah Program Pelapis Negeri Sabah
4)      Sesi 2- Pengenalan Sains Sukan
5)      Sesi 3-Psikologi Sukan
6)      Sesi 4-Suaian Fizikal
7)      Sesi 5- Pengenalan Sukan Angkat Berat
8)      Lawatan Mini Gym Angkat Berat Smk Desa Wawasan
9)      Demonstrasi  Angkat Berat
10)   Jamuan Ringan(Disediakan Oleh Pihak Sekolah)
11)   Program Tamat

                                                                          
                                                                              








ULASAN
Program ini telah mendapat sambutan pihak sekolah . Pengetua Smk Desa Wawasan bersetuju untuk  membekalkan makanan tambahan/suppliment khas untuk atlet sukan angkat berat  pada setiap tahun.  Jenis supliment adalah  yang telah ditentukan oleh pihak Institut Sukan Negara.
Melalui kajian dan pemerhatian , pelajar-pelajar yang terlibat mempunyai bentuk fizikal semulajadi dan bersesuaian untuk menyertai sukan angkat berat. Hanya teknik,latihan berterusan dan komitmen daripada pelajar untuk menyertai program tersebut. Selain daripada itu, bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan adalah menjadi laluan harian pelajar daripada rumah ke sekolah, ini membolehkan otot-otot dibentuk secara semulajadi.

TINDAKAN
1)    Berhubung dengan Institut Sukan Negara (pusat Satelit Kota Kinabalu ) berkenaan dengan suppliment yang sesuai dengan atlet angkat berat dan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk tujuan pembelian secara bertulis.
2)   Jurulatih yang bertanggungjawab melatih di sekolah Smk Desa Wawasan adalah jurulatih sepenuh masa lantikan Majlis Sukan Negeri Sabah Encik Stephen Gampion. Jadual latihan adalah hari selasa dan khamis pada jam 3.00pm hingga 5.30 petang. Pihak Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah memberikan kelulusan tuntutan perjalanan rm270.00 sebulan(merujuk kepada surat rujukan :800-3/2 bertarikh 15 april 2011).
3)      Mengemukakan surat tawaran kepada semua atlet baru yang mendaftar untuk sesi 0g0s hingga disember 2011. Seramai 40 orang telah mendaftar daripada sekolah tersebut. Diedarkan melalui pengetua sekolah.
                                                                     
PENUTUP
Ucapan Penghargaan Kepada:-
1)      Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah
2)      Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah
3)      Pengetua SMK Desa Wawasan Daerah Tambunan
4)      Pusat Satleit Institut Sukan Negara Kota Kinabalu
5)      Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah
6)      Persatuan Angkat Berat Daerah Tambunan Sabah
7)      Jurulatih
8)      Atlet






















 Disediakan Oleh,
Nelly Binti Dimon@Daimond(SDO Angkat Berat -SABAH)





                                                                                                                                                                        

Tuesday, August 16, 2011

SELAMAT MAJU JAYA - LORO WELKINSON & BAYREY BARRY ENGELBERT

3 orang Atlet Angkat Berat Pelapis Negeri Sabah telah menerima tawaran untuk mengikuti Program Pelapis Serantau di Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) di Johor dan Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) di Pulau Pinang.

1.  Bayrey Barry Engelbert - Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS), Johor.
2.  Loro Welkinson - Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS), Johor.
3.  Calixtus Daunis - Akademi Serantau Zon Utara (ASZU), Pulau Pinang.

 SLEAMAT MAJU JAYA.

BAYREY BARRY & LORO WELKINSON
yang telah selamat tiba di Akademi Serantau Zon Utara, Johor.

Monday, August 8, 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG - USPTN SABAH

Sukacita dipelawa Warganegara Malaysia (LELAKI SAHAJA) yang mempunyai kelayakan berkaitan dan berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon jawatan berikut :-


            JAWATAN                              : PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

            GRED                                      : S27

            KUMPULAN                           : SOKONGAN 1

            SKIM                                       : PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

            TARAF PERKHIDMATAN     : KONTRAK


             
Syarat Lantikan:

·         Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang di iktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


·         lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan sukan].


Cara Memohon:

§  Permohonan hendaklah dibuat menghantar permohonan rasmi disertakan dengan resume dan sijil-sijil yang berkaitan kepada :-

Pengarah,
Majlis Sukan Negeri Sabah,
Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS,
88999, Kota Kinabalu, Sabah.
(U.P : Ketua Unit, USPTN Sabah)


§  Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Ogos 2011 (Jumaat).

Catitan Am:

§  Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

§  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah mengganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Tuesday, July 26, 2011

KEJOHANAN TINJU SELURUH SABAH KE 57 PIALA MAYOR KOTA KINABALU.

Kejohanan Tinju Seluruh Sabah Kali Ke 57 PIala Mayor Kota Kinabalu telah berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada 21 - 24 Julai 2011. Sebanyak 10 daerah telah menyertai kejohanan tersebut dan 50 peninju telah mengambil bahagian.

4 orang atlet Pelapis telah mewakili daerah Sandakan Saharin Bahrin, Sahari Bahrim, Mohamad Hanif Sani dan Rodan seorang mewakili daerah Tawau. Saharin Bahrin memenangi Emas dalam acara 64kg selepas menewaskan peninju dari Nabawan. Sahari Bahrin memenangi Emas dalam acara 64 kg dan Mohd Hanif Sani memenangi perak tewas kepada Faizanizan Kusin dalam acara 49kg. Faizanizan Kusin telah memenangi pingat Emas.



Johan keseleruhan dimenangi oleh Daerah Tawau, tempat kedua Daerah Keningau dan Daerah Sandakan di tempat ketiga dengan sembilan mata.

Wednesday, July 20, 2011

PEMANTAUAN PLN BOLING PADANG

Tarikh : 11 Julai 2011 ( 4.30 pm)
Tempat ; Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Jurulatih : Affendi Tan Abdullah (JSM)
Kehadiran : 9 orang

1. Latihan berjalan seperti biasa untuk sesi petang. Walaubagaimanapun, kehadiran kurang sedikit disebabkan atlet terlibat dengan tusyen dan aktiviti sekolah.

2. JSM memaklumkan seramai 12  atlet akan menyertai Kejohanan Single & Pairs Kebangsaan 2011 pada 23-28 Julai 2011. Walaubagaimanapun penyertaan ini masih bergantung kepada kebenaran ibu bapa atlet disebabkan ramai atlet terlibat dengan peperiksaan PMR & SPM.

3. Seorang atlet (Mohd Hairi Hamzah) telah mendapat tawaran kerja di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cawangan Sepanggar, Sabah.






PEMANTAUAN- PLN GIMNASTIK (ARTISTIK)

Tarikh : 11 Julai 2011
Masa : 6.30 pm
Tempat : Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Jurulatih : Liew Tong Ee (JSM) , Lee Yi Horng (JSM), Liu Tao (JLN-MSNS)

1. Latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran atlet seramai 9 orang.
2. Latihan juga dibantu oleh JLN dari China (Liu Tao). Beliau memaklumkan atlet menunjukkan peningkatan bagi setiap program latihan yang diberikan.
3. JSM ( Liew Tong Ee) memaklumkan seramai 6 orang atlet akan menyertai Kej Sportexcel pada hujung bulan Julai termasuk atlet daripada PLN Sandakan.
4. Atlet juga tidak menghadapi masalah dengan teknik latihan yang diberikan oleh JLN.






PEMANTAUAN PLN BADMINTON

Tarikh : 11 Julai 2011 ( 5.30 pm)
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Kehadiran : 15 orang
Jurulatih : Steven Joker (JPM), Anastacia Amanda (JSM), Yapp su Chew (JPM-MSNS)

1. Latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran pemain memuaskan.
2. JPM (Steven Joker) melatih pemain-pemain senior manakala JSM (Anastacia) melatih pemain junior (U12). Latihan juga dibantu oleh JPM-MSNS (Yapp Su Chew)
3. JPM memaklumkan seramai 9 orang pemain akan menyertai Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah pada 13-16 Julai 2011.
4. JPM juga ada memaklumkan mengenai prestasi pemain yang menunjukkan peningkatan pada Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Antara Negeri yang lalu d Pulau Pinang. JPM juga ada memaklumkan 2 orang pemain berkemungkinan akan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.








Followers