Friday, May 20, 2011

MSSM OLAHRAGA 2011

Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2011 telah berlangsung pada hari ini 20hb sehingga 24hb Mei 2011 bertempat di Ipoh, Perak.

Seramai 5 orang atlet olahraga dibawah program pelapis telah layak untuk menyertai kejohanan tersebut.

1. Siti Nursyafiqah Idayu Malimar - 400m & 400m H (PLN Sandakan)
2. Suraya Mahasin - 800m & 1500m (PLN Tambunan)
3. Clarice Yaban - 4x100m & 4x400m (PLN Tambunan)
4. Shyerelley Justin - 100m H (PLN Tambunan)
5. Gloria Merry Geoffrey - 200m , 4x100m & 4x400m (PLN Tambunan)

JSM, Encik Suhaimin Kinsoi juga merupakan salah seorang jurulatih bagi pasukan Sabah.

Thursday, May 19, 2011

KLINIK BOLING PADANG U 12

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah telah menganjurkan Klinik Boling Padang Bawah 12 tahun pada 19 Mei 2011 bertempat di Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Seramai 30 orang pelajar bawah 12 tahun telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar SRK Lok Yuk Likas , SRJK Chung Hwa Likas, SRK ST Agnes Likas dan SK Tebobon, Menggatal.

Program ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Sambilan (JSM) Encik Affandi Tan Abdullah. Beliau dibantu oleh En. Abdul Murah (Ahli PBPS) dan pemain-pemain senior pelapis (Hairie Hamzah, Firdaus Sulaiman dan Saufi Azinuddin).

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menarik minat pelajar dikalangan umur bawah 12 tahun dengan jurulatih mengajar asas bermain boling padang seperti cara memegang bola, deliver dan lain-lain lagi.







Friday, April 29, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA REMAJA & TERBUKA PERAK 2011

Persatuan Olahraga Amatur Perak dengan kerjasama Majlis Bandaran Ipoh (MBI), Majlis Sukan Negeri Perak dan Milo akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja & Terbuka Perak 2011 pada 30hb April - 1hb Mei 2011 bertempat di Stadium Ipoh, Perak.

Kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan wajib bagi Program Pelapis/USPTN (Sukan Olahraga) bagi menilai prestasi atlet.

Selamat bertanding kepada atlet-atlet pelapis Sabah yang menyertai :

1. Mohd Putera Bin Mohd Amin - 100m & 200m (PLN Sandakan)
2. Muhammad Taufiq Bin Amin - 100m & 200m (PLN Sandakan)
3. Emmy Ahkim - 400m & 400m H (PLN Tambunan)
2. Josephin Yaban - 800m & 1500m (PLN Tambunan)
5. Encik Ali Bin Hj Aman - JPM MSN Sabah. ( Jurulatih/Pengurus Pasukan)

Tq.

Tuesday, April 26, 2011

BENGKEL PENGUKUHAN KETUA UNIT NEGERI (KUN) & PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI (PPN) USPTN

Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Unit Khidmat Sokongan, Cawangan Pelapis akan menganjurkan Bengkel Pengukuhan Ketua Unit Negeri (KUN) & Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) pada 26hb - 28hb April 2011 bertempat di Paragon Hotel, Johor Bahru.

Dijangka serami 96 orang pegawai daripada Cawangan Pelapis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dari seluruh negeri akan terlibat dalam bengkel selama 3 hari ini. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dirancang bagi program ini.

Program ini akan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Atlet Maljis Sukan Negara Malaysia, Encik Ahmad Shapawi.

Sekian & Terima Kasih.

Thursday, April 14, 2011

Program Mengenal Pasti Bakat ( TID ) dan Klinik Sukan Tinju.

Program Mengenal Pasti Bakat dan Klinik sukan Tinju telah diadakan pada 12 April 2011 bertempat di Sekolah Menengah SM La Salle Tg Aru, Kota Kinabalu. Seramai 50 pelajar telah menyertai program ini. Objektif Program ini adalah untuk mencari bakat baru dalam sukan Tinju dan atlet yang berbakat akan diserap masuk ke Program Pelapis Negeri bagi Pusat Latihan Kota Kinabalu di bawah seliaan Jurulatih Sambilan Encik Adzlin Ganis Apat. Sesi pagi Program dikendalikan oleh Pasukan TID daripada Kuala Lumpur dan sebelah petang Program diteruskan dengan pengenalan mengenai Peralatan, Peraturan dan Teknik bertinju.















Tuesday, April 12, 2011

LAPORAN PRESTASI ATLET ANGKAT BERAT SABAH - KEJOHANAN ANGKAT BERAT NEGERI SABAH PADA 5-6 APRIL 2011 DI DAERAH TAMPARULI

Sukacita dimaklumkan bahawa, kejohanan Angkat Berat Negeri Sabah telah diadakan pada 5-6 April 2011 dianjurkan oleh Persatuan Angkat Berat Sabah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah & Lembaga Sukan Sabah ( ditaja Oleh Nestle SDN BHD).Kejohanan tersebut di rasmikan oleh Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah. Seramai 23 orang atlet pelapis Negeri menyertai kejohanan tersebut. Daripada jumlah tersebut seramai 12 orang atlet layak melepasi had kelayakan untuk Karnival Pelapis Negeri sir 1/2011. Dalam perbincangan antara saya, presiden dan setiausaha persatuan Angkat Berat Sabah, persatuan bersetuju untuk memberikan tambahan bantuan daripada geran persatuan di Majlis Sukan Negeri Sabah untuk menyertai kejohanan karnival Mei ini.

Bersama dengan ini disertakan pencapaian atlet bawah 21 & 16 tahun sebagai makluman dan rujukan pihak tuan.

Nelly Dimon @ Daimond(SDO Angkat Berat)
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah









Monday, March 21, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN PLN BOLING PADANG

Assalamualaikum,

 
Disertakan laporan semasa pemantauan ke PLN Lawn Bowl, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Tarikh : 18hb Mac 2011
Masa : 9.00 pagi
kehadiran : 11 orang
Jurulatih : Encik Affandi Tan Abdullah (JSM)


Ulasan/Maklumbalas :

1. Kehadiran atlet sesi latihan pagi memuaskan sempena cuti sekolah 1 minggu.

2. Latihan adalah fasa pra pertandingan bagi persediaan menyertai Kejohanan National Singles 2011 yang akan diadakan pada 28-31 Mac 2011 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

3. JSM memaklumkan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan daripada W.P Labuan pada 18hb - 19hb Mac 2011.

4. JSM memohon atlet pelapis dikecualikan daripada dikenakan bayaran yuran bagi mengikuti pertandingan anjuran PSN. Perkara ini akan dibincangkan bersama pihak PSN dalam mesyuarat JKK yang dicadangkan diadakan pada bulan ini.

5. Semasa lawatan, kelihatan kakitangan Lembaga Sukan sedang membersihkan green sebagai persediaan bagi Kejohanan National Pairs di mana Sabah akan menjadi tuan rumah yang akan diadakan pada 25-28 Mei 2011.

Disertakan beberapa gambar semasa lawatan.













Followers