Wednesday, August 29, 2012


PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON - KOTA KINABALU SABAH

Tarikh    : 27 Ogos 2012 (Isnin)
Masa     : 4.00pm – 5.00pm
Tempat  : Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Kehadiran: 
1.      Steven Joker (JPM)
2.      Anastacia Anscelly (JSM)
      3.   16 Atlet Lelaki
      4.   10 Atlet Wanita

LATIHAN
-    Matchplay

LAPORAN

Jurulatih mengarahkan atlet untuk sesi pemanasan badan sebelum memulakan latihan, tempoh sesi pemanasan badan adalah lebih kurang 15 minit.  

8 gelanggang badminton telah di pakai, 7 gelanggang digunakan untuk latihan Matchplay dan 1 gelanggang di khaskan untuk pembangunan sukan yang terdiri daripada atlet baru dan bawah 12 tahun.

Jurulatih mencadangkan agar jurulatih sambilan (JSM) di Pusat Latihan Kota Kinabalu ditambah bagi memudahkan proses latihan dan bilangan atlet yang ramai.

Atlet-atlet Pelapis akan menyertai Kejohanan Jemputan Badminton Flypower AST pada 30 Ogos - 2 September, bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Sasaran untuk semua atlet 10, 12 & 15 tahun adalah sampai ke pusingan akhir.

Jurulatih telah sedia maklum mengenai 2 kejohanan yang akan berlangsung pada bulan September iaitu 100Plus National Junior Interstate Championships dan bulan Oktober Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Maybank Terbuka Pahang 2012.

Lampiran Gambar: 







Laporan Disediakan Oleh:

En. Munir Bin Ahmed
Peg. Pembangunan Negeri
USPTN Sabah.

No comments:

Followers