Friday, February 5, 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja USPTN Sabah Bil 1/2016

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Majlis Sukan Negeri Sabah melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja USPTN Bil 1/2016 pada 4hb Februari 2016 bertempat di bilik mesyuarat MSN Sabah bagi Sukan Pelayaran, Memanah, Badminton , Taekwondo, Olahraga, Tenis dan Tenpin Boling.

Mesyuarat telah dipengerusikan Oleh Pengarah MSN Sabah dan dihadiri Oleh wakil dari Persatuan Sukan Negeri (Presiden & Setiausaha), Lembaga Sukan Negeri Sabah dan ISN (Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu).

Mesyuarat membincangkan Pelaksanaan Program Pelapis bagi tahun 2016 seperti Status PLN , Jurulatih , Maklumat Atlet , Penyertaan Kejohanan dan lain-lain perkara berkaitan.

Terima Kasih.

Laporan Oleh,
Ketua Unit USPTN Sabah.

No comments:

Followers