Friday, February 5, 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja USPTN Bil 1/2016

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Hari ini 5hb Februari 2016 diteruskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja USPTN Sabah Bil 1/2016 bagi Sukan Akuatik (Renang&Terjun), Sepak Takraw, Berbasikal, Tinju dan Gimnastik (Artistik & Gimrama).

Sesi pagi Mesyuarat dipengerusikan Oleh Pengarah MSN Sabah, En Terrance Edward Pudin dan mesyuarat sebelah petang dipengerusikan Oleh Pen Pengarah Pembangunan Sukan, Puan Alissa.

Kehadiran Mesyuarat terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan Sabah, wakil Lembaga Sukan Negeri Sabah , ISN dan Persatuan Sukan Negeri (Presiden, Timbalan Presiden, S/Usaha,Bendahari). Bagi Sukan Sepak Takraw turut hadir Pen Setiausaha 1, Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

Mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan program pelapis diperingkat negeri seperti pengesahan Pusat Latihan Negeri, Penetapan Jurulatih, Maklumat Atlet, Perancangan Program (Kejohanan & Program Binaan), Bantuan Kewangan dan perkara berkaitan.

Terima Kasih.

No comments:

Followers