Wednesday, July 31, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT DAERAH TAMBUNAN.

Tarikh         :  20.7.2013 (SABTU)
Masa          :   3.00PM – 6.00PM
Tempat       :   GYM ANGKAT BERAT KOMPLEKS SUKAN TAMBUNAN SABAH


KEHADIRAN :

1. Atlet - 10 lelaki, 3 Wanita
2. Jurulatih Cornelius Pawon(USPTN) & Stephene Gampion (MSNS)


PROGRAM LATIHAN :

1) Jerk from Block

2) Front Squat

3) Clean & Jerk Classic

4) Snatch Classic


KECEDERAAN :

1. Tiada kecederaan atlet.


PERALATAN :

1 set peralatan lelaki telah diterima daripada Cawangan Pelapis bertarikh 17.7.2013. Peralatan ini ditempatkan di PLN Kompleks Sukan Tambunan Sabah. Inventori peralatan bertarikh 20.7.2013 untuk rekod pihak USPTN dan pihak Kompleks Sukan Tambunan.


ULASAN/MAKLUMBALAS :

Semasa lawatan diadakan jurulatih memaklumkan jumlah penambahan atlet bawah 15 tahun seramai 10 orang. Pihak persatuan Angkat Berat Daerah Tambunan akan memohon pengubahsuaian bangunan Gym tersebut kepada Kementerian Belia Dan Sukan Sabah melalui Lembaga Sukan Sabah. Justifikasi permohonan adalah berdasarkan penambahan dan prestasi atlet di Daerah ini semasa Sukan Sabah 2013 pada 2-7 Jun 2013 yang lalu. 

Disertakan gambar semasa pemantauan :







Laporan disediakan oleh :

Puan Nelly Dimon @ Daimond,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Angkat Berat,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers