Tuesday, April 9, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TERJUN - 23HB MAC 2013

Tarikh : 23hb Mac 2013
Masa  : 9.00 pagi - 12.30 t/hari
Tempat : Pusat Akuatik, Kompleks Suka Kota Kinabalu.


Kehadiran:
1. En James Sandayud (JPM)
2. Cin Anjelica Simpul (JSM)
3. Atlet - 11 orang ( 7 Lelaki & 4 Perempuan)


Program Latihan :

1. 3 orang atlet Group C :
    5M, 7.5M, 10M - Jump 2x ABC
    3M - 10 Jump, 3 Jump, Walk Back ABC 2x
    Entry 8x

2. 7 orang atlet baru :
    Latihan renang
    Lompatan masuk air


Pertandingan :

1. Kejohanan MSSM 2013 pada 24hb - 29hb Mac 2013 - 6 orang penyertaan atlet Pelapis.


Ulasan:

1. Jurulatih memaklumkan bahawa pada 18hb-22hb Mac 2013, atlet yang akan mewakili Sabah ke MSSM telah mengadakan Latihan Pusat Sukan Akuatik di Sekolah Sukan Malaysia di Sepanggar. Seramai 4 orang atlet Pelapis Negeri terlibat. Walaubagaimanapun, tidak ada makluman daripada pihak JPN mengenai latihan ini dan jurulatih mengetahui daripada atlet.

2. PPN telah memohon jurulatih untuk membuat laporan penilaian prestasi atlet yang menyertai kejohanan.

3. Program Binaan (Promosi dan TID) Sukan Terjun diadakan pada 8hb April 2013 di SK Sri Gaya, Kota Kinabalu dan SK Inanam Laut, Inanam.











Laporan disediakan oleh :

Cik Intan Narina Binti Awg Mohd Hussein,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Terjun,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers