Tuesday, April 9, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN - 23HB MAC 2013

Tarikh : 23hb Mac 2013
Masa : 9.00 am - 1.00pm
Tempat : Kinabalu Yacht Club, Tanjung Aru.


Kehadiran :

1. En Zainal Madi (JSM)
2. Pn Shoon Yunn Chi (JSM)
3. Atlet - 17 orang (8 lelaki & 9 wanita)


Program Latihan :

1. Starting
2. Taking
3. Short Race

Ujian:

1. Tidak ada ujian diadakan.


Pertandingan :

1. Kejohanan KFC-Perak Open Regatta 2013


Peralatan:

1. Optimist Boat
2. Layar - koyak (hampir keseluruhan)
3. Lser Boat 4.7 & 420


Program Binaan:

1. Kem Latihan Pusat Pelayaran.


Ulasan :

1. Latihan bermula tepat jam 8.00 pagi yang dikendalikan oleh JSM dan dibantu oleh JPM (En Ahmad Yusoff) dan sesi awal adalah sesi latihan kecergasan.

2.Atlet-atlet akan mendengar taklimat sebelum memulakan latihan pelayaran. Semasa pemantauan dilakukan, JSM baru memaklumkan mengenai surat permohonan untuk mengadakan Kem Latihan Pusat Pelayaran.

3. JSM memaklumkan, Kem Latihan Pusat Pelayaran tersebut telah bermula dari 23hb - 29hb Mc 2013 dan terdapat juga penyertaan 4 orang atlet daripada Daerah Sandakan.

4. Masalah yang dihadapai oleh atlet/jurulatih ialah banyak layar telah koyak dan telah ditampal berulang-ulang. Sekiranya mendapat bantuan peralatan, layar adalah satu keutamaan terpenting. Masalah kedua ialah bot jurulatih yang telah lama digunakan dan sekiranya bantuan diberikan, bot jurulatih juga diperlukan menggantikan bot yang lama.

5. Diakhir pemantauan, SDO memklumkan akan mengadakan Ujian Kecergasan pada bulan April dan jurulatih memohon Ujian tersebut diadakan pada hari ahad disebabkan majoriti atlet bersekolah pada hari Sabtu.






Laporan disediakan oleh :

Encik Munir Ahmed,
Peg Pembangunan Negeri - Sukan Pelayaran,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers