Friday, February 22, 2013

PERJUMPAAN ATLET MEMANAH BERSAMA PENGARAH MSN SABAH

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Satu sesi perjumpaan diantara atlet memanah (Ahmad Afiq Akhiroman) bersama Pengarah MSN Sabah (En Abdul Rahman Laman) di pejabat MSN Sabah pada 1hb Februari 2013.

Perjumpaan ini diadakan bagi memberi perangsang dan semangat kepada Ahmad Afiq yang telah ditawarkan menjalani latihan sepenuh masa di Bukit Jalil bagi Program Khas YOG (Youth Olimpics Games) 2014 di bawah seliaan En.Marbawi Sulaiman.

Pemilihan telah dibuat semasa Kem Bakat dan Pemilihan Atlet Pasukan YOG 2014 yang telah diadakan pada 18-25 November 2012 bertempat di Bukit Jalil,Kuala Lumpur. Antara kriteria pemilihan berdasarkan disiplin, perangai, bentuk badan dan scoring yang telah dilaksanakan semasa kem tersebut.

Pengarah memaklumkan akan memberi bantuan kepada Ahmad Afiq dari aspek keperluan latihan dan keperluan-keperluan lain berdasarkan permohonan.

Ahmad Afiq telah berlepas ke Kuala Lumpur pada 2hb Februari 2013.
Turut hadir semasa lawatan tersebut, ibu Ahmad Afiq.
Terima Kasih.



No comments:

Followers