Thursday, February 21, 2013

LAWATAN/KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MSN SABSH KE SM MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU (PLN TINJU)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Satu lawatan/kunjungan hormat telah diadakan bersama Pengarah MSN Sabah (En Abdul Rahman Laman), KUN dan SDO ke SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Kunjungan MSN/USPTN ini telah disambut oleh pengetua Puan Hajah Nuinda.
Tujuan kunjungan ini adalah bagi membincangkan cadangan penubuhan Pusat Latihan Tinju bagi program Pelapis Negeri di sekolah tersebut. Selain itu penerangan dan penjelasan pelaksanaan Program Pelapis Negeri juga dibincangkan.
Pengetua menyambut baik dan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan ini. Tambahan pula JSM Tinju (En Adzlin Ganitz) telah ditukarkan ke sekolah tersebut.
Pihak MSN Sabah juga telah membawa bersama semasa kunjungan tersebut peralatan latihan yang telah diberikan oleh Cawangan Pelapis.
Bersama ini disertakan gambar semasa lawatan.
Terima Kasih.




No comments:

Followers