Wednesday, October 3, 2012

LAPORAN UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS DAERAH SANDAKAN 2012

 
Seperti dalam perancangan USPTN Sabah, Ujian Kecergasan Atlet Pelapis bagi sukan-sukan di daerah Sandakan telah diadakan pada 28hb-30hb September 2012 di Kompleks Sukan Sandakan.
Jumlah keseluruhan atlet yang telah mengikuti program ini seramai 60 orang yang melibatkan sukan-sukan seperti :
1. Sukan Gimnastik- Artistik - 12 Orang
2. Sukan Badminton - 11 Orang
3. Sukan Tenpin Boling - 16 Orang
4. Sukan Tinju - 6 Orang
5. Sukan Akuatik - 15 Orang ( Pusat Latihan, MSN Sabah)
Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan data dan mengenalpasti tahap kecergasan semasa atlet-atlet didalam Program Pelapis Negeri. Program ini juga dapat membantu jurulatih untuk membuat program latihan berdasarkan tahap kecergasan atlet. Selain itu program ini dapat memberikan pendedahan awal kepada atlet-atlet dalam aplikasi sains sukan.
Program telah bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi bertempat di, Kompleks Sukan Sandakan.
Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
1. Ujian Anthropometri.
2. Ujian Fleksibiliti.
3. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular.
4. Ujian Daya Tahan Otot.
5. Ujian Standing Jump.
6. Ujian Vertical Jump.
Kesemua ujian-ujian ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu dan Pusat Satelit ISN Sandakan seramai 4 orang dengan dibantu oleh pegawai USPTN Sabah , MSN Sabah dan pelajar praktikal.
Kesemua jurulatih turut hadir semasa program ini kecuali JSM Badminton Cik Khoo Chui Eng yang sedang mengikuti Kursus Sains Sukan Tahap 2 di Tawau.
 
Terima Kasih.
 









 

No comments:

Followers