Tuesday, October 30, 2012

KURSUS PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN 2012

Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah sedang melaksanakan progran Kursus Pendidikan Kejurulatihan Berterusan 2012 bermula hari ini 30hb Oktober 2012 sehingga 1hb November 2012 bertempat di The Palace Hotel, Kota Kinabalu.

Kursus ini khusus kepada jurulatih dibawah Program Pelapis USPTN dan Majlis Sukan Negeri.

Sejumlah 47 orang jurulatih daripada USPTN Sabah, USPTN Labuan, MSN Sabah dan MS Labuan.

Antara objektif kursus ini ialah :

1. Melahirkan barisan jurulatih Negara yang mempunyai daya saing yang tinggi, professional serta mempunyai pemikiran kelas pertama.

2. Meningkatkan kualiti bidang kejurulatihan di Malaysia melalui penyebaran maklumat terkini berkaitan dengan sains kejurulatihan dan sains sukan terutamanya dalam menekankan aspek praktikal yang menyeluruh.

3. Memberi peluang kepada semua jurulatih di seluruh Malaysia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang sains kejurulatihan dan sains sukan, ini kerana kedua-dua cabang pengetahuan tersebut ibarat 'kayu pengukur' bagi kejayaan seseorang jurulatih untuk melahirkan atlet yang cemerlang.

Antara topik yang akan dibincangkan pada kursus ini ialah :

1. Teaching and learning
2. Desing A Basic Sport
3. Planning Practise
4. Nutrition
5. Basic Mental Skills
6. Making ethical Decision






Terima Kasih

No comments:

Followers