Wednesday, January 26, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN PLN BADMINTON

Tarikh : 24 Januari 2011
Tempat: Dewan serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Kehadiran : 20 orang

Ulasan/maklumbalas:

1. Jurulatih (Steven Joker) memaklumkan kehadiran pemain kurang sedikit disebabkan terlibat dengan sukan sekolah.

2. Jurulatih memaklumkan, pemain (Seddrick Alwyn Gunsalam) telah mendapat tawaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil sesi 2011 dan akan mendaftar masuk selepas Tahun Baru Cina.

3. Perbincangan mengenai program 2011. Cadangan penyertaan kejohanan ( Kejohanan Badminton Remaja GP Akhir 2011, Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Antara Negeri 2011 & Kejohanan Terbuka).

4. Bahagian pembangunan sukan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) akan menganjurkan Karnival Badminton Novis Bawah 12 Tahun yang dicadangkan diadakan pada 5-6 Mac 2011 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Program ini akan menjadi medan kepada JPM (Steven Joker) untuk mengenalpasti bakat-bakat baru (Talent Identification @ TID) untuk diserapkan masuk ke dalam program pelapis.


Disertakan gambar semasa sesi pemantauan.

JPM (Steven Joker)


Sesi taklimat bagi latihan yang akan dijalanan.



Wednesday, January 12, 2011

FINAL ROLL OFF TENPIN BOLING - PUSAT LATIHAN SANDAKAN

Tarikh:  19 Disember 2010
Venue:   Champion Bowl, Sandakan
Kategori A seramai 11 Orang, Kategori AA 3 Orang, Kategori AAA 6 Orang

 Juara Roll-Off Kategori A:  Nur Huzaima Zakaria 


Juara Roll-Off Kategori AA:  Mohd Daniel Mohd Nor 

Juara Roll-Off Kategori AAA:  Dayang Saleha Salleh

 Best Bowler 2010:  Siti Nur Aisyah Sattar

 Hadiah kepada Pemenang

Hamper kepada pemenang





Laporan disediakan oleh:  Encik Alexander Kual
                                      JSM Tenping Boling
                                      Pusat Latihan Sandakan

Wednesday, December 8, 2010

KEJOHANAN BADMINTON REMAJA TERTUTUP SABAH DAN JEMPUTAN 2010.

Salam,

Berikut disertakan laporan dan keputusan rasmi KEJOHANAN BADMINTON REMAJA TERTUTUP SABAH DAN JEMPUTAN 2010.

Tarikh: 3-5 Disember 2010
Tempat : Kompleks Sukan Tawau.
Penyertaan pemain pelapis : Lelaki - 13 orang, Perempuan - 6 orang


Ulasan :

1. Kejohanan telah dianjurkan oleh Persatuan Badminton Sabah dengan kerjasama Persatuan Badminton Daerah Tawau.

2. Kejohanan kali ini telah disertai oleh 10 Daerah dan 3 pasukan jemputan iaitu Putrajaya, Sarawak (Miri) dan Indonesia.

3. Kategori yang dipertandingkan, Perseorangan Lelaki&Perempuan U10 , Perseorangan/Bergu Lelaki&Perempuan U12,
Perseorangan/Bergu Lelaki&Perempuan U14, Perseorangan/Bergu Lelaki&Perempuan U16.

4 Berikut keputusan rasmi pada kejohanan tersebut yang melibatkan pemain pelapis Sabah:
   
Perseorangan Lelaki U10:

1. Aniq Azman (Suku Akhir)
2. Afiq Azman (Pusingan 1)
3. Remond Anthony (Suku Akhir)

Perseorangan Lelaki U12:

1. Seddrick Joker (Johan)
2. Wan Mohd Hidayat ( Ke-3)
3. Amir Yusof (Pusingan 1)
4. Mohd Qushairi (Suku Akhhir)

Bergu Lelaki U12:

1. Seddrick Joker/Wan Mohd Hidayat (Johan)
2. Amir Yusof/ Mohd Qushairi (Naib Johan)
3. Aniq Azman/Afiq Azman (Pus 2)

Perseorangan Perempuan U12:

1. Norhayati Azman (Suku Akhir).


Perseorangan Lelaki U14:

1. Fino Bieen Saibin (Naib Johan)

Bergu Lelaki U14:

1.Fino Bieen Saibin/Mohd Shahrizam (Naib Johan)

Perseorangan Perempuan U14:

1. Lydia Habirin (Naib Johan)
2. Joanne Chai (Ke-3)
3. Daedoryn Chong (Suku Akhir)

Bergu Perempuan U14:

1.Lydia Habirin/Daedoryn Chong (Johan)
2.Joanne Chai/Siti Hafizah (Ke-3)

Perseorangan Lelaki U16:

1. Roysten Habirin (Naib Johan). Pemain ini tarik diri disebabkan tidak sihat (muntah2) dan kecederaan (body cramp) selepas separuh akhir.
2. Gabriel Fong (Suku Akhir)
3. Arthurica Stanislaus (Suku Akhir)
4. Anthony Samin (Pus ke-3)
5. Lawrie Herman (Pus ke-3)

Bergu Lelaki U16:

1. Gabriel Fong/Roysten Habirin - Separuh Akhir (Tarik diri disebabkan pemain roysten Habirin cedera)
2. Anthony Samin/Lawrie Herman - (Separuh Akhir)
3. Arthurica Stanislaus (Pus ke-2)

Perseorangan Perempuan U16:

1. Easter Samin (Johan)
2. Liew Sui Xin (Ke-3)
3. Sabrina Simon (Pus-1)

Bergu Perempuan U16:

1. Liew Sui Xin/Rabeca (Johan)
2. Sabrina Simon/Easter Samin (Naib Johan)


Disertakan gambar semasa kejohanan.

Perseorangan Lelaki U16- Roysten Habirin

Bergu Lelaki U12 - Seddrick Joerk/Wan Mohd Hidayat

Bergu Perempuan U14- Daedoryn Chong/Lydia Habirin

Perseorangan Lelaki U12 - Seddrick Joker (Baju Merah)

Perseorangan Lelaki U14 - Fino Bieen Saibin

Perseorangan Lelaki U16 - Lawrie Herman (Baju Merah)

Perseorangan Lelaki U16- Gabriel Fong

Perseorangan Lelaki U14 - Lydia Habirin (Baju putih)

Roysten Habirin dibawa ke hospital selepas mengalami Body Cramp.

Jurulatih (Steven Joker) memberikan nasihat/teguran kepada pemain bergu lelaki U12 (Aniq Azman/Afiq Azman)


Wednesday, November 24, 2010

PEMANTAUAN LATIHAN BADMINTON

Tarikh: 19 Nov 2010/ 4.00 pm
Tempat : Stadium Likas, Kota Kinabalu
Kehadiran : lebih 20 pemain, Lelaki dan Wanita
Jurulatih : En Steven Joker (JPM)

Maklumbalas/Ulasan:

1. Sesi latihan telah diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu disebabkan dewan serbaguna digunakan sempena Kejohanan 1st Borneo International Indoor Achery 2010.

2. JPM menjalankan latihan fizikal ( 50m, 100m, 200m & 400m) untuk kecergasaan dan kepantasan (speed).

3. Latihan juga sebagai persiapan pemain-pemain yang akan menyertai 3 kejohanan pada bulan Disember depan :

- Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Siri-2, 2010
- Kejohanan Badminton Tertutup Sabah 2010
- Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton Terbuka Perak 2010




Friday, November 19, 2010

KLINIK SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI 2010

Program:  Klinik Sukan Terjun Program Pelapis Negeri 2010 
Tarikh:  6 November 2010 
Venue:  Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

S.K Inanam Laut
Seramai 35 org pelajar lelaki dan 32 org pelajar perempuan hadir. Pada mulanya seramai 60 orang mengesahkan kehadiran.  Semasa pendaftaran seramai 7 orang pelajar tambahan datang.  Program diadakan dua sesi (pagi dan petang).

Antara program diadakan pengenalan sukan terjun, pengenalan dry gym dan pengenalan latihan air.  Seorang jurulatih, lapan orang pegawai (USPTN Sabah, MSN Sabah dan LSNS) lapan orang Urus Setia (terdiri daripada atlet terjun yang senior) dan seorang guru pengiring Puan Rezzina Abdullah.


Pendaftaran dibantu oleh Cikgu Rezzinna Abdullah, Cikgu Ko-Kurikulum S.K Inanam Laut










Minum dulu ~ selepas sesi warm up

Pengenalan Dry Gym - Papan Anjal


Mencuba Trampoline

Ibu Bapa yang hadir dan menunggu anak sehingga habis program.



PERJUMPAAN PPN BERSAMA PUAN PRESIDEN BIL 02/2010

Tarikh:  28 Oktober 2010
Masa:  2.30-4.00 petang
Venue:  Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Tujuan perjumpaan adalah memberikan cadangan dan usul untuk disuarakan semasa mesyuarat bersama PCP pada 29 Oktober 2009 di Klana Resort, masa: 8.30 malam.

 
Alu-aluan daripada Puan Presiden :  Fatimah Bt Jamil


 Antara PPN yang hadir

GAMBAR PELAPIS NEGERI 2/2010 NEGERI SEMBILAN TERJUN

Mesyuarat Pengurus Pasukan :  28 Oktober 2010
Tarikh Kejohanan :  29 - 30 Oktober 2010 
Venue:  Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Negeri Sembilan 






























Followers