Friday, March 20, 2015

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON BORNEO SIRI 1/2015

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Majlis Sukan Negara melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah dan Persatuan Sukan Negeri diberikan tanggungjawab mengelolakan Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Borneo Siri 1/2015 pada 20hb-22hb Mac 2015 bertempat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Objektif penganjuran adalah bagi memberikan peluang bertanding kepada atlet program Pelapis Negeri dan Pasukan Jemputan yang tidak pernah menyertai kejohanan Peringkat Remaja Kebangsaan mahupun MSSM.

6 Jenis sukan yang dipertandingkan iaitu :
Angkat Berat- Ruang Tai Chi Pavillion, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Gimnastik Artistik- Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Memanah- Lapang Sasar Memanah, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Olahraga- Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Terjun- Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Tinju- Ruang Legar, Kompleks Karamunsing.

Disertakan gambar mesyuarat Pengurus Pasukan yang telah diadakan petang tadi.

Terima Kasih

No comments:

Followers