Tuesday, February 3, 2015

SABAH-MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ISN DAN USPTN

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program ISN dan USPTN Sabah pada 3hb Februari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu.

Mesyuarat telah dipengerusikan Oleh Ketua Pusat (Puan Nursyaditina Ain) dan dihadiri semua Pegawai Satelit ISN Kota Kinabalu dan Pegawai-Pegawai USPTN Sabah (kecuali Puan Norhamamah- Cuti).

Antara perkara yang dibincangkan :

1. Ujian Kecergasan Atlet Pelapis Fasa 1/2015 bagi Pusat daerah Kota Kinabalu, Tambunan, Sandakan dan Tawau.

2. Cadangan mengadakan TID spesifik.

3. Penganjuran program Kem Mental Toughness Atlet.

4. Cadangan bagi sesi perbincangan Pelan Periodisasi Jurulatih.

5. Penganjuran bengkel/kursus Taping.

Pihak ISN juga telah menetapkan sukan-sukan bagi Pegawai ISN bagi memudahkan penyelarasan bersama SDO USPTN.

Sekian dan terima kasih.


Laporan Oleh,
Mohd Rezwan Osman
Ketua Unit,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers