Thursday, May 16, 2013

PERJUMPAAN JURULATIH PLN SANDAKAN

 

Satu sesi perjumpaa bersama jurulatih PLN Sandakan telah diadakan pada 27hb April 2013 bertempat di pejabat Pusat Satelit ISN Sandakan selepas selesai Ujian Kecergasan Atlet Pelapis Negeri PLN Sandakan.

Antara pegawai dan jurulatih yang hadir semasa perjumpaan adalah seperti berikut:

1. Encik Mohd Rezwan Osman       - KUN
2. Encik Munir Ahmed                    - PPN
3. Puan Norhamamah Abd Salam    - PPN
4. Cik Intan Nazria                           - PPN
5. Encik Ruji Sompong                    - ISN
6. Encik Alimuddin Alias                - ISN
7. Encik Mohd Fadli                        - ISN
8. Cik Melissa Naeng                      - ISN
9. Encik Salan Amat                        - JSM Tinju
10. Encik Jumain Taepe                  - JSM Olahraga
11. Encik Ali Bin Hj Aman             - JPM Olahraga MSN Sabah

Antara perkara yang telah dibincangkan :

1. Kejohanan yang wajoid disertai dibawah Program Pelapis Negeri.

2. Program Binaan :
    2.1 - Promosi dan TID Sukan Tinju - 3 buan sekolah telah dikenalpasti.
    2.2 - Latihan bersama PLN KK & PLN Sandakan - Sukan Tinju
    2.3 - Kem Latihan Olahraga - PLN Sandakan/PLN Tawau/PLN Keningau/ASP.

3. Penghantaran Pelan Periodisasi Jurulatih.

4. Bantuan Peralatan :
    4.1 - Jurulatih tinju memohon bantuan peralatan latihan - Punching Bag.
    4.2 - Jurulatih Olahraga memohon Set Plyometric.
    * Peralatan ini sudah diterima daripada Cawangan Pelapis dan akan dihantar ke PLN Sandakan.

5. Perkhidmatan ISN (Pusat Satelit Sandakan) :
    5.1 - Pegawai ISN memaklumkan akan memberikan bantuan perkhidmatan Sains Sukan
             berdasarkan permohonan jurulatih.
    5.2 - Sukan Olahraga mempunyai program bersama ISN (Suaian Fizikal an Pemakanan).
    5.3 - JSM Tinju akan mengadakan perbincangan bersama ISN bagi bantuan perkhidmatan
            Sains Sukan (Suaian Fizikal)

6. Ujian Kecergasan/Ujian Spesifik :
    6.1 - Pihak USPTN akan menyelaraskan tarikh dan masa bagi Ujian Kecergasan dengan
            bantuan Pihan ISN.
    6.2 - Bagi Ujian Spesifik, jurulatih mesti laksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
            Walaubagaimanapun, keputusan di kejohanan yang diserai boleh diambil sebagai rekod
             Ujian Spesifik.

7. Laporan Bulanan JSM :
    7.1 - Jurulatih disarankan menghantar laporan bulanan pada/sebelum 5hb setiap bulan.
    7.2 - Laporan bulanan mesti lengkap disertakan program latihan bulanan, maklumat kehadiran
            atlet dan keputusan kejohanan yang disertai bulan tersebut.

Disertakan gambar semasa sesi perjumpaan.





Laporan disediakan oleh,

Mohd Rezwan Osman,
Ketua Unit,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers