Friday, January 13, 2012

12 JANUARI 2012 - PEMANTAUAN LATIHAN BADMINTON

Masa : 4.00 petang
Tempat : PLN Badminton, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Kehadiran : 30 orang

Ulasan :

1. Kehadiran pemain memuaskan semasa pemantauan dijalankan. Seramai 30 orang pemain hadir dan menjalankan latihan.

2. Semua pemain gigih dan fokus dalam menjalankan latihan bagi menghadapi beberapa kejohanan peringkat Daerah, Bahagian, Negeri, MSSM dan sebagai persediaan menyertai Kejohanan Badminton Remaja Sirkit Kebangsaan Zon Sabah/Sarawak 2012 yang akan berlangsung pada 10-12 Feb 2012 di Kuching, Sarawak.

3. 20 orang pemain dibawah Program Pelapis akan menyertai Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Zon Sabah/Sarawak 2012.

4. Pihak USPTN akan berbincang dengan pihak Persatuan Badminton Sabah untuk proses pembelian shuttlecock berdasarkan bantuan yang telah disalurkan oleh BAM dan memohon bantuan bayaran gelanggang badminton untuk latihan bagi tahun 2012.






Laporan disediakan oleh:
Ketua Unit,
USPTN Sabah.

No comments:

Followers